Now Reading
[Video] “Saya Akan Ke Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Gordon Ramsay Puji, Siap Duet Video Khairul Aming

[Video] “Saya Akan Ke Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Gordon Ramsay Puji, Siap Duet Video Khairul Aming

Khairul Aming yang menyedari akan perkara itu kelihatan begitu gembira menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sebut saja nama Gordon Ramsay, sudah pasti kebanyakan rakyat Malaysia mengenali cef terkenal antarabangsa dari Britain ini.

Malah, resepi yang diajar olehnya juga sentiasa menjadi ikutan orang ramai di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan, pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming juga membuat hantaran video berkongsi cara memasak Burnt Sugar Pudding yang diinspirasikan dari resepi cef ternama itu.

Gordon Ramsay respon video Khairul Aming di TikTok

Namun siapa sangka, Cef ternama yang popular dengan siri Hell’s Kitchen itu sudi membuat video balas terhadap video kongsian Khairul Aming di laman TikTok miliknya.

Lebih membanggakan, Gordon Ramsay juga memuji cara masakan yang ditunjukkan oleh Khairul Aming selain sempat berseloroh dengan mengatakan sudu kayu milik usahawan Sambal Nyet itu tidak cukup besar.

“Awak perlukan sudu yang lebih besar untuk krismas, sudu itu terlalu kecil,” kata Gordon Ramsay.

@gordonramsayofficial

#duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Selain itu, Gordon Ramsay juga memberitahu bahawa beliau sangat sukakan Malaysia dan akan berkunjung ke negara ini pada minggu hadapan.

Khairul Aming gembira Gordon Ramsay sudi duet video TikTok

Sementara itu, Khairul Aming yang menyedari akan perkara itu kelihatan begitu gembira menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

“Guys, Gordon Ramsay duet video masak saya,” tulisnya.

https://twitter.com/khairulaming/status/1658985556225966080?s=20

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga turut teruja apabila Gordon Ramsay memberi respon melalui video TikTok terhadap Khairul Aming.

“React by Gordon Ramsay bhai”

“Always making Malaysia proud”

“Haha Yes! Gordon Ramsay do.. Nice one Khairul Aming”


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd