Now Reading
Dari Mana Datangnya Pasir Pantai? Ini Info Unik Yang Ramai Tak Tahu

Dari Mana Datangnya Pasir Pantai? Ini Info Unik Yang Ramai Tak Tahu

Pasir putih di pantai mengandungi pelbagai bahan seperti silikon dioksida dan ‘kaca’ semula jadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pantai adalah salah satu lokasi pilihan orang ramai untuk ‘healing’ sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Tak perlu pergi jauh-jauh kerana di Malaysia juga mempunyai banyak pantai yang cantik seperti di Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Kapas.

Dapat piknik atas pasir pantai di pulau sambil melayan angin sepoi-sepoi bahasa pun best juga kan?


Bagaimana Pasir Pantai Boleh Terhasil?

Sambil-sambil menikmati keindahan pantai, pernah tak anda terfikir dari mana datangnya pasir putih di pantai? Mesti ramai yang nak tahu juga kan?

Untuk pengetahuan anda, pasir pantai itu terhasil daripada bahan semula jadi seperti batu-batuan dan mineral sekitar laut yang telah mereput dan terhakis.

Bukan itu sahaja, pasir pantai ini juga terbentuk daripada tahi ikan nuri ya! Jangan terkejut.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Menurut kajian daripada seorang profesor di Florida International University Dr. Stephen P. Leatherman, pasir pantai yang dipijak oleh orang ramai di kebanyakan pulau mengandungi pelbagai bahan seperti silikon dioksida dan ‘kaca’ semula jadi.

Batu-batuan di sungai yang terhakis kebiasaannya akan mengalir di sungai dan membentuk pasir pantai.

Selain itu, seorang pengguna TikTok (@spacedollah) turut menjelaskan bahawa ikan nuri yang mempunyai paruh kecil di hadapan mulutnya akan memakan alga yang tumbuh di atas terumbu karang menggunakan gigi tajam di belakang tekak mereka.

Ikan ini akan mengisar karang untuk mengeluarkan alga. Yang menariknya, tindakan tersebut bukan bertujuan untuk memakan karang tersebut, sebaliknya karang halus ini kemudiannya akan dikeluarkan sebagai tahi yang membentuk pasir putih di pantai.

Sebaliknya, karang halus ini kemudiannya akan dikeluarkan sebagai tahi yang membentuk pasir putih di pantai.

Oleh kerana karang di laut diperbuat daripada kalsium karbonat berbentuk pepejal putih, maka jadilah pasir berwarna putih di pantai.

Mungkin anda tertanya, berapa banyak je tahi yang dihasilkan oleh ikan ini dalam setahun? Jangan terkejut ya kerana ia adalah seberat 450 sehingga 900 kilogram.

Sumber: TikTok SpaceDollah | Dr Beach


7 Pantai Menarik Sekitar Selangor

Buat warga Selangor yang mahu menenangkan fikiran, ada banyak pantai sekitar Selangor yang boleh dikunjungi tanpa perlu memandu sehingga ke Port Dickson (PD).

Sumber: Twitter @Pelabur_Bijak

Antara pantai yang menarik sekitar negeri Selangor adalah:

  • Pantai Morib, Banting
  • Pantai Bagan Lalang, Sepang
  • Sky Mirror Pantai Sasaran, Kuala Selangor
  • Pantai Remis, Kuala Selangor
  • Pantai Redang, Sekinchan
  • Pantai Kelanang, Banting
  • Pantai Bagan Nakhida Omar, Sabak Bernam

Artikel Berkaitan: 7 Pantai Menarik Di Selangor. Piknik Pun Best Ni!

Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd