CIMB Anjur Peraduan ‘Giveaway’ 50 Tiket Konsert Coldplay Buat Para Pemenang
Hanya dengan menyimpan, berbelanja, dan melakukan transaksi menggunakan akaun CIMB bermula sekarang hingga 19 Oktober, anda berpeluang untuk memenangi sepasang tiket konsert Coldplay Music of the Spheres World Tour di KL.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ada yang masih belum terima ‘luck’ untuk membeli tiket konsert Coldplay? Mana tidaknya, tak sampai satu hari jualan dibuka kepada orang ramai, terus SOLD OUT.
Ya, habis terjual sekelip mata. Macam goreng pisang panas pula tiket Coldplay.
Artikel Berkaitan: Coldplay Tickets Sold Out! People Still In Queue Aren’t Happy
Tunggu, jangan frust sangat sebab CIMB kini menganjurkan peraduan dan memberikan peluang keemasan ini buat korang yang masih belum berjaya mendapatkan tiket konsert Coldplay.
Tapi tak banyak, hanya 50 tiket disediakan untuk peraduan ini.
Dan semestinya, syarat paling penting adalah kena sertai peraduan ini pada 20 Julai sehingga 19 Oktober dan juga WAJIB memiliki akaun CIMB (duh).
Tiket Konsert Coldplay Oleh CIMB
Tiket akan diberikan secara pair, jadi hanya 25 pemenang sahaja akan terpilih dalam masa empat (4) bulan sepanjang peraduan berlangsung.
Antara 50 tiket ini, 30 di antaranya adalah tiket CAT 3 (standing), CAT 2 (10 tiket), dan VIP My Universe (10 tiket).

Jika anda yang mempunyai jumlah penyertaan tertinggi akan dipilih setiap bulan dan orang yang memiliki jumlah tertinggi dalam keempat bulan itu akan menerima hadiah utama.
Save, Spend & Transact
Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang menarik, bukan?
Tetapi ada syaratnya. Anda perlu menyimpan, belanja, dan melakukan transaksi menggunakan akaun CIMB anda dan mengumpul mata ganjaran atau penyertaan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk berpeluang memenangi tiket-tiket tersebut.
Untuk 5 mata penyertaan, top-up minimum RM500 ke dalam Akaun Semasa/Akaun Simpanan setiap bulan.

Untuk mendapatkan 5 mata penyertaan tambahan, anda perlu berbelanja minimum RM100 dengan kad Kredit/Kad Debit CIMB anda di mana-mana kedai yang layak. Semak senarai peniaga di sini.
Anda juga boleh berbelanja minimum RM100 dengan kad Kredit/Kad Debit CIMB anda di peniaga-peniaga runcit lain yang layak, termasuk belanja di luar negara, untuk 1 mata penyerta
Untuk mendapatkan 1 mata penyertaan tambahan lagi, lakukan transaksi minimum RM30 melalui JomPAY, FPX, atau Prepaid Top Up melalui CIMB Clicks.
Semua ini boleh dilakukan sehingga 19 Oktober dan anda mungkin terpilih sebagai pemenang bertuah!

Masih belum ada akaun CIMB? Ha, masa inilah paling tepat untuk membuka akaun!
Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.
Artikel Berkaitan: Carian Hotel Di Singapura Catat Peningkatan 9 Kali Ganda Sekitar Tarikh Konsert Coldplay
Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.