Now Reading
Kastam Rampas 73 Pek Kurma Di Klang, Disyaki Dari Israel

Kastam Rampas 73 Pek Kurma Di Klang, Disyaki Dari Israel

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah kurma seberat 14.6 kilogram yang bernilai RM678 di sebuah gudang di Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sinonim dengan bulan Ramadan, buah kurma adalah barangan wajib yang dibeli oleh setiap masyarakat beragama Islam untuk dijamah ketika berpuasa sahur dan juga sahur.

Jika pergi kedai runcit dan pasar raya, pasti terdapat lambakan buah kurma yang dijual untuk para pelanggan.

Walaupun kurma adalah salah satu makanan sunnah, tetapi anda perlu berhati-hati dalam memilih jenama buah berkenaan kerana bimbang jika ia dihasilkan dari Israel seperti mana yang dijumpai oleh pihak berkuasa baru-baru ini.


73 Pek Kurma Dipercayai Dari Israel Dirampas Di Klang

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas sebanyak 73 pek buah kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ yang dipercayai produk dari Israel.

Serbuan jam 11:30 pagi semalam (13 Mac) oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah II Selangor, ia mula dilakukan selepas tular sebuah video di media sosial melibatkan sebuah premis yang menjual barangan terbabit.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad menjelaskan hasil serbuan telah berjaya merampas kurma seberat 14.6 kilogram yang bernilai RM678 di sebuah gudang di Klang.

Sementara itu, individu berusia 40-an yang dipercayai pemilik perniagaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

Kurma Tersebut Dibawa Masuk Dari Eropah

JKDM turut mendapati bahawa kurma berkenaan dibawa masuk dari Eropah bersama barangan makanan yang lain pada tahun 2022 sebelum dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan dengan harga RM20 hingga RM30.

Apa-apa produk dari Israel perlu ada permit kebenaran khas dari pada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan mengikut Seksyen 135(1)(d).

Sumber: Harian Metro

Jenama-jenama Buah Kurma Dari Israel

Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut kami senaraikan beberapa jenama buah kurma yang menunjukkan label dari Israel, West Bank dan Jordan Valley.

Antaranya:

  • Jordan River
  • King Solomon
  • Star Dates
  • Mehadrin
  • Jordan Plains
  • Hadiklaim
  • Galilee
  • Carmel
Kurma jenama Israel.

Menurut laman web Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Difahamkan pada tahun 2020, UK telah mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel dengan nilai RM 42,101,450 (AS$8.9 juta).

Lebih membimbangkan lagi, Israel adalah negara pengimport terbesar bagi kurma Medjoul. Jadi sebelum anda membuat pembelian, semak dahulu asal usul jenama berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Jenis Kurma Dipercayai Dari Israel. Boikot Selagi Boleh!


Kadar Import Kurma Di Malaysia

Memetik sumber Kosmo, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bahawa Malaysia telah mengimport sebanyak RM267.8 juta kurma pada tahun 2022 dari beberapa buah negara seperti Arab Saudi, Tunisia dan Iran.

Sumber: Lifepack.id

Dalam pada itu, DOSM juga menyenaraikan tiga buah negeri di Malaysia yang mengimport buah kurma iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Daripada RM48.1 juta nilai import, Pulau Pinang paling tinggi dengan RM20.3 juta diikuti Selangor RM15 juta dan Kuala Lumpur (RM6.9 juta).

“Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor kekal sebagai pengimport utama kurma tertinggi sejak Februari 2021,” kata DOSM.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

Baca Artikel Berkaitan: 5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd