Now Reading
5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa

5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa

Air rendaman kurma atau Air Nabeez ini bersifat alkali dan mampu untuk menstabilkan semula tahap pH dalam tubuh badan yang mempunyai pelbagai jenis asid.

5 Khasiat Air Rendaman Kurma (Air Nabeez) Untuk Kesihatan Diri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Buah kurma merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan menjadi buruan ramai setiap kali tiba bulan Ramadan.

Umat Islam juga digalakkan untuk berbuka puasa dan bersahur dengan buah kurma kerana mempunyai khasiatnya yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Malah, seorang ‘food blogger’ berbangsa Cina dikenali sebagai Ceddy Ang yang pertama kali berpuasa pada bulan Ramadan juga terkejut selepas dia boleh menahan lapar walaupun hanya bersahur buah kurma sahaja.

Menurut Ceddy, dia hanya memakan tujuh biji kurma ketika sahur dan sudah cukup membuatkan dirinya berasa kenyang dalam tempoh yang lama sehingga berbuka.

5 Khasiat Air Rendaman Kurma (Air Nabeez) Untuk Kesihatan Diri

BACA JUGA: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma


Manfaat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri

Selain memakan buah kurma begitu sahaja, anda juga boleh mencuba pelbagai cara lain dan salah satunya adalah dengan merendamkan beberapa biji kurma di dalam air semalaman.

Kemudian, air rendaman itu boleh diminum ketika bersahur.

Penulis sendiri pernah meminum air rendaman kurma ini ketika bersahur dan memang boleh tahan lapar dalam tempoh agak lama. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambahkan madu.

5 Khasiat Air Rendaman Kurma (Air Nabeez) Untuk Kesihatan Diri
Sumber: Harian Post

Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai Air Nabeez ini mempunyai banyak khasiatnya seperti:

1. Khasiat Air Rendaman Kurma: Menstabilkan Tahap pH Dalam Tubuh Badan

Air rendaman kurma ini bersifat alkali dan mampu untuk menstabilkan semula tahap pH dalam tubuh badan yang mempunyai pelbagai jenis asid.

Boleh dikatakan air minuman ini juga bertindak sebagai air detoks yang boleh menyingkirkan toksin dalam tubuh badan.

2. Khasiat Air Rendaman Kurma: Membantu Sistem Penghadaman

Buah kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi dan boleh membantu mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa di siang hari.

Kandungan serat dalam buah kurma juga boleh memperbaiki sistem penghadaman bagi mencerna makanan yang dimakan ketika berbuka puasa.

3. Khasiat Air Rendaman Kurma: Memberikan Tenaga

Selain mengandungi serat yang tinggi, buah kurma juga mempunyai fruktosa iaitu gula semula jadi yang mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan dengan cara menstabilkan para gula dalam darah.

4. Khasiat Air Rendaman Kurma: Mengurangkan Masalah Alahan

Kurma juga kaya dengan kandungan sulfur yang membantu untuk mengurangkan masalah alahan seperti rhinitis.

Selain itu, mereka yang mempunyai masalah alahan seperti bersin, hidung berair dan tersumbat serta sering sakit kepala juga boleh dikurangkan dengan meminum air rendaman buah kurma.

5. Khasiat Air Rendaman Kurma: Mengelakkan Sembelit

Apabila berpuasa, segelintir masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air dalam tubuh badan kerana tidak meminum air yang secukupnya. Keadaan ini akan mengakibatkan masalah sembelit.

Dengan meminum air rendaman kurma ini, masalah sembelit dapat diatasi kerana buah ini mempunyai kandungan fiber yang tinggi.


Cara-cara Untuk Menyediakan Air Nabeez

5 Khasiat Air Rendaman Kurma (Air Nabeez) Untuk Kesihatan Diri
Sumber: SehatQ

Kepada anda yang ingin mencuba air rendaman kurma untuk bersahur di bulan Ramadan, jom kami bantu anda dari segi penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Beberapa biji kurma
  • Air putih
  • Madu (optional)

Cara-caranya:

  1. Sediakan beberapa biji buah kurma dalam bilangan ganjil.
  2. Buang biji dan carikkkan isi buah.
  3. Masukkan buah kurma tersebut ke dalam bekas minuman.
  4. Isikan botol itu dengan air putih.
  5. Boleh juga tambah satu atau dua sudu madu untuk menjadikan air lebih manis.
  6. Tutup bekas dan simpan air semalam atau selama 12 jam.

NOTA KAKI:

  • Air rendaman kurma ini tidak boleh disimpan melebihi tiga hari kerana rasanya akan bertukar masam dan kurang sedap untuk diminum.

Selamat mencuba! 😊

BACA JUGA: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

BACA JUGA: Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!

BACA JUGA: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd