Now Reading
Ini 8 Jenis Kurma Dipercayai Dari Israel. Boikot Selagi Boleh!

Ini 8 Jenis Kurma Dipercayai Dari Israel. Boikot Selagi Boleh!

Menurut laman web Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kurma ini dalam kuantiti yang banyak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang bulan Ramadan, mesti ramai yang akan mencari stok buah kurma untuk dimakan ketika berbuka puasa dan juga sahur.

Walaupun kebanyakan buah kurma mempunyai bentuk yang sama, tetapi sebenarnya manisan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti:

  • Ajwa
  • Safawi
  • Mabroom
  • Mazafati
  • Piarom
  • Sayer
  • Kabkab
  • Medjool

Tetapi sebelum anda membeli mana-mana kurma, pastikan semak terlebih dahulu dari mana buah tersebut dihasilkan. Ini kerana terdapat jenama yang dihasilkan dari Israel.


Jenama-jenama Buah Kurma Dari Israel

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@friendsofalaqsa), terdapat lapan jenama buah kurma yang menujukkan label dari Israel, West Bank dan Jordan Valley.

Antaranya:

#1. Jordan River
Sumber: Facebook Pen Kilometriko.Com
#2. King Solomon
Sumber: Info Rakyat/ Hello Doktor
#3. Star Dates
Sumber: Info Rakyat
#4. Mehadrin
Sumber: Info Rakyat
#5. Jordan Plains
Sumber: Freepik
#6. Hadiklaim
Sumber: Hadiklaim/ Freepik
#7. Galilee
Sumber: Info Rakyat
#8. Carmel
Sumber: PRODUK HALAL/ Freepik

Negara Eropah Pengimport Tertinggi Kurma Dari Israel

Menurut laman web Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Difahamkan pada tahun 2020, UK telah mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel dengan nilai RM 42,101,450 (AS$8.9 juta).

Lebih membimbangkan lagi, Israel adalah negara pengimport terbesar bagi kurma Medjoul. Jadi sebelum anda membuat pembelian, semak dahulu asal usul jenama berkenaan.

Sumber: Friends Of Al-Aqsa

Kadar Import Kurma Di Malaysia

Memetik sumber Kosmo, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bahawa Malaysia telah mengimport sebanyak RM267.8 juta kurma pada tahun 2022 dari beberapa buah negara seperti Arab Saudi, Tunisia dan Iran.

Sumber: Lifepack.id

Dalam pada itu, DOSM juga menyenaraikan tiga buah negeri di Malaysia yang mengimport buah kurma iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Daripada RM48.1 juta nilai import, Pulau Pinang paling tinggi dengan RM20.3 juta diikuti Selangor RM15 juta dan Kuala Lumpur (RM6.9 juta).

“Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor kekal sebagai pengimport utama kurma tertinggi sejak Februari 2021,” kata DOSM.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

Baca Artikel Berkaitan: 5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd