Now Reading
Boikot Israel: BDS Malaysia Seru Rakyat Hadir Ke Kompleks Mahkamah Shah Alam Untuk Beri Sokongan

Boikot Israel: BDS Malaysia Seru Rakyat Hadir Ke Kompleks Mahkamah Shah Alam Untuk Beri Sokongan

BDS Malaysia menyeru semua penyokong perjuangan Palestin hadir ke kompleks mahkamah di Shah Alam pada jam 9.15 pagi (18 Mac) bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen memboikot Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


BDS Malaysia hari ini (13 Mac) menerusi satu kenyataan rasmi telah memaklumkan bahawa pihak BDS Malaysia dan McD akan mengadakan sesi mediasi pada jam 9:30 pagi (18 Mac) di Mahkamah Shah Alam.

Menerusi kenyataan sama, BDS Malaysia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peguam mereka, Datuk M Reza Hassan dari Tetuan Raja Riza dan Rakan-rakan Bersekutu yang telah sudi memberikan khidmat guaman kepada mereka dalam kes ini secara pro-bono (PERCUMA).

Ia telah dilakukan di atas semangat persaudaraan dengan rakyat Palestin yang ketika ini tanpa henti ditindas oleh rejim Zionis Israel.

BACA JUGA: Pro-Palestine Group BDS Malaysia Faces Legal Challenge From McDonald’s Malaysia


BDS Malaysia Ucap Terima Kasih Kepada McD Di Atas Saman Mereka, Kini BDS Malaysia Lebih Dikenali Seluruh Dunia
Sumber: BDS Malaysia.

“BDS Malaysia juga berterima kasih kepada McD kerana saman mereka terhadap kami telah membantu menjadikan BDS Malaysia terkenal bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

“Sekaligus membantu menghebahkan kempen kami untuk memboikot Israel dan syarikat yang dikaitkan dengan Israel.

BACA JUGA: Ini 8 Jenis Kurma Dipercayai Dari Israel. Boikot Selagi Boleh!

“Kempen boikot terhadap Israel dan pertubuhan yang bersekongkol dengannya adalah kritikal kerana ini adalah cara yang berkesan untuk menghentikan kezaliman Israel yang telah mencapai tahap melampau.

“Sejak 7 Oktober 2023, lebih 31,000 rakyat Palestin termasuklah wanita dan kanak-kanak telah dibunuh oleh tentera Israel,” tegas BDS Malaysia.

BACA JUGA: Tempat Perlindungan Rakyat Palestin Di Rafah Diserang, Malaysia Kutuk Kekejaman Israel


Gerakan BDS Antarabangsa & Malaysia Sokong Rakyat Yang Kecam Tindakan McD Israel

Mengulas lanjut, BDS Malaysia berkata bahawa pihak mereka sedar rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengambil tindakan untuk memboikot McD kerana McD di Israel telah memberi makanan percuma kepada askar Israel.

BACA JUGA: McDonald’s Israel Donate Meals To Israeli Soldiers Amidst Conflict, Triggers Boycott

“Susulan itu, gerakan BDS Antarabangsa & Malaysia memutuskan untuk menyokong tindakan rakyat yang mengecam tindakan McD Israel.”

Bukan itu sahaja, kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa tuntutan McD terhadap BDS Malaysia menyebabkan rakyat Malaysia dan pengguna di seluruh dunia semakin marah terhadap McD.

“Setiap kali berita saman McD terhadap BDS Malaysia keluar, pengguna akan berasa lebih kecewa terhadap McD. Lebih-lebih lagi tindakan McD yang menyaman BDS Malaysia yang menyebabkan pergerakan BDS Antarabangsa memulakan satu kempen global khas untuk memboikot McD.”

Dalam masa yang sama, BDS Malaysia menyeru semua penyokong perjuangan Palestin hadir ke kompleks mahkamah di Shah Alam pada jam 9.15 pagi (18 Mac) bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen BDS Malaysia memboikot Israel dan pertubuhan menyokong kekejaman Israel, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

BACA JUGA: Why Israel Wants to Annex More Palestinian Territories and Why BDS is the Way to Stop It [OPINION]

BACA JUGA: Puma Confirms Agreement With Israeli Football Association Will Not Be Extended

BACA JUGA: Malaysia Reaffirms Palestine Solidarity, Insists On Rejecting Two-State Solution With Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd