Now Reading
Pasangan Kekasih Bertengkar Sebelum Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Pasangan Kekasih Bertengkar Sebelum Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Bagaimanapun kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki sebelum dibawa naik ke atas bot oleh nelayan yang berada di kawasan kejadian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (15 Januari), tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan sepasang kekasih yang terjatuh dari Jabatan Pulau Pinang dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala ke Perai, Pulau Pinang.

Difahamkan sebelum itu, seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki sebuah kereta dipercayai bertengkar sekitar kawasan jambatan tersebut.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrul Munawer Taharen, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit jam 7.49 malam.

“Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 30-an menaiki sebuah kereta Honda Civic dan dikatakan telah bertengkar. Pertengkaran itu berlarutan sehingga di kawasan hentian di atas jambatan.

“Akibat daripada pertengkaran itu, kedua-dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut. Ketika itu, ada seorang lelaki di lokasi kejadian telah terjun untuk menyelamatkan mangsa,” kata beliau, lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, mangsa kemudian dibawa menaiki bot oleh nelayan yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Sumber: Media Sosial

Mangsa Lelaki Alami Kecederaan Di Kepala

Sejurus selepas diselamatkan oleh lelaki berkenaan yang juga seorang tentera itu, mereka dibawa ke Jeti Batu Uban dan diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan awal.

“Mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mangsa lelaki mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan pemeriksaan lanjut,” tambah beliau lagi.

Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada jam 8.35 malam.

Kejadian berkenaan turut tular di media sosial menerusi satu klip video berdurasi 17 saat yang memperlihatkan pasangan tersebut terapung pada permukaan air.

Pertengkaran yang berlaku di antara kedua-dua pihak itu disyaki berpunca daripada masalah peribadi.


Hubungi Pihak Ini Jika Mempunyai Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami kongsikan beberapa pihak yang boleh dihubungi untuk membantu. Antaranya:

1. Malaysian Mental Health Association (MMHA)
2. Befriends
  • Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
  • Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
  • Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
  • E-mel: sam@befrienders.org.my
  • Website: https://www.befrienders.org.my/
3. All Women’s Action Society (AWAM)

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki 28 Tahun Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Tinggal Kereta & Barangan Peribadi

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan Diselamatkan Lepas Terjun Jambatan Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Maut Ditetak, Suspek Terjun Jambatan Pulau Pinang Sebelum Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd