Now Reading
Feri Pulau Pinang Percuma Selama 2 Hari Sempena Thaipusam 25 Januari Ini

Feri Pulau Pinang Percuma Selama 2 Hari Sempena Thaipusam 25 Januari Ini

Perkhidmatan feri Pulau Pinang ini akan memberikan tambang percuma bermula jam 12.01 tengah malam pada 24 Januari dan berakhir pukul 2:00 pagi pada 26 Januari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di negeri Pulau Pinang!

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa tambang untuk perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diberikan secara percuma bersempena dengan perayaan Thaipusam yang akan disambut pada Khamis hadapan (25 Januari).

Anthony berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk memberikan tambang percuma selama dua hari bermula jam 12.01 tengah malam pada 24 Januari dan berakhir pukul 2:00 pagi pada 26 Januari.

Dalam pada itu, buat pertama kalinya perkhidmatan ini akan beroperasi selama 24 jam bagi memudahkan pergerakan penganut beragama HIndu yang mahu menuju ke bahagian pulau tanpa menaiki kereta.

Kita menjangkakan ramai penganut agama Hindu akan ke bahagian pulau untuk menyambut Thaipusam. Dengan perkhidmatan percuma ini, kita harapkan ia membantu memudahkan pergerakan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook
Sumber: Sinar Harian

Selain feri, perkhidmatan bas pengantara secara percuma juga disediakan bermula jam 2:00 petang pada 24 Januari dan 5:30 pagi sehingga 1:00 pagi pada 25 Januari dengan destinasi terakhir adalah Kuil Kebun Bunga.

Penumpang yang tiba di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), kita akan menyediakan bas perantara percuma yang mana, bas akan melalui di kawasan-kawasan penganut Hindu bersembahyang, destinasi akhir adalah di Kuil Kebun Bunga.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook

Inisiatif Ini Akan Diteruskan Untuk Perayaan Lain Jika Mendapat Sambutan Masyarakat

Memetik Sinar Harian, inisiatif perkhidmatan awam secara percuma ini dilakukan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menaiki kenderaan awam semasa musim perayaan di samping untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Sekiranya tambang secara percuma ini mendapat sambutan, perkara sama bakal dilakukan untuk masa akan datang apabila menjelang sambutan perayaan.

Sumber: Paul Tan’s Automotive News

Dalam setahun memang ada beberapa hari kita akan bagi perkhidmatan ini (feri) secara percuma. Kita akan jadikan ini (perkhidmatan feri percuma sempena Thaipusam) sebagai percubaan dan sekiranya berjaya, kita akan gunakan pendekatan yang sama untuk perayaan-perayaan lain.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Meskipun SPPP dan PPSB tidak akan mendapat hasil selama dua hari tersebut, namun ia merupakan antara syarat yang dikenakan sebagai operator iaitu mereka perlu memberikan perkhidmatan percuma dalam tempoh beberapa hari dalam setahun.

Baca Artikel Berkaitan: Ride The Komuter For Free This Thaipusam!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd