Now Reading
MAG Perkenal Uniform Baru Untuk Petugas, Tampilkan Elemen Corak Songket

MAG Perkenal Uniform Baru Untuk Petugas, Tampilkan Elemen Corak Songket

Pakaian seragam dengan motif songket bagi petugas AeroDarat Services (ADS) itu direka khas sebagai lambang komitmen mereka terhadap profesionalisme serta menghargai budaya Malaysia.

pakaian uniform songkat MAG

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sekiranya berada di lapangan terbang, pastinya anda dapat melihat pelbagai jenis pakaian seragam bagi pekerja di syarikat penerbangan yang berbeza.

Kadangkala anda sudah mengenali seseorang petugas itu bekerja di syarikat apa dengan hanya melihat pakaian seragam mereka seperti uniform berwarna merah yang dipakai oleh petugas AirAsia serta pakaian bercorak batik oleh pekerja Malaysia Airlines Berhad (MAB).


MAG Perkenal Pakaian Uniform Terbaharu Dengan Elemen Songket

Kakitangan barisan hadapan untuk pengendalian darat AeroDarat Services (ADS) kini akan mula mengenakan pakaian seragam baharu mereka yang diperkenalkan oleh Malaysia Aviation Group (MAG).

Memetik kenyataan yang dimuat naik di laman web Malaysia Airlines, pakaian seragam terbaharu dengan motif songket itu direka khas bagi melambangkan komitmen mereka terhadap profesionalisme serta menghargai budaya Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata walaupun ADS berada di bawah MAG dan memberi perkhidmatan kepada penumpang Malaysia Airlines, tetapi mereka juga turut berkhidmat kepada syarikat penerbangan yang lain.

Antaranya China Airlines, Japan Airlines dan Korean Air yang berlepas dari Kuala Lumpur serta lapangan terbang domestik lain di Malaysia.

Sumber: Malaysia Airlines

Pakaian seragam baharu ini direka khas oleh minda muda kreatif dalam MAG. Kami berbangga bukan sahaja dalam pakaian seragam yang dimodenkan, tetapi juga dalam simbol yang merangkumi perpaduan dan kreativiti yang mentakrifkan kami di MAG. Walaupun perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan daripada kemajuan, apa yang kekal tidak berbelah bahagi adalah komitmen kami untuk menyampaikan intipati unik Hospitaliti Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail.

Pelancaran pakaian seragam terbaharu itu telah disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan turut hadir sama adalah Pengerusi MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.


Malaysia Airlines Pernah Lakukan ‘Survey’ Tentang Pakaian Pramugari

Pada Januari tahun lalu, syarikat penerbangan British Airways telah memperkenalkan pakaian seragam baharu yang lebih sopan dan menutup aurat kepada pramugari beragama Islam.

Susulan itu, Malaysia Airlines (MAS) dikatakan membuat soal selidik (survey) tentang pakaian seragam pramugari mereka.

Sumber: Convergence by Malaysia Airport Holdings

Antara soalan yang diajukan oleh MAS di dalam borang soal selidik berkenaan adalah sama ada syarikat mereka patut mengenakan pakaian yang lebih sopan bagi melambangkan imej Malaysia.

Selain itu, MAS juga meminta pendapat sama ada mereka perlu memberi kebenaran kepada pramugari untuk mengenakan tudung ketika bertugas dalam penerbangan domestik serta antarabangsa.

Walau bagaimanapun, borang soal selidik itu telah ditutup selepas menerima banyak respon daripada netizen yang ingin mengutarakan pendapat mereka berkaitan hal tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: MAS Buat ‘Survey’ & Minta Pendapat Orang Awam Tentang Pilihan Pakaian Pramugari Lebih Tutup Aurat

Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd