MAS Buat ‘Survey’ & Minta Pendapat Orang Awam Tentang Pilihan Pakaian Pramugari Lebih Tutup Aurat
Antara soalan yang diajukan oleh Malaysia Airlines (MAS) di dalam borang soal selidik itu adalah tentang pemilihan pakaian yang lebih sopan untuk pramugari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Buat pertama kalinya dalam tempoh hampir 20 tahun, syarikat penerbangan British Airways telah memperkenalkan pakaian seragam baharu yang lebih sopan dan menutup aurat kepada pramugari beragama Islam.
Syarikat penerbangan itu juga membenarkan pramugarinya memakai tudung ketika bertugas.
Rombakan seragam yang disifatkan sebagai ‘airlines first’ oleh British Airways itu akan memperlihatkan seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat memperagakan pakaian menutup aurat itu menjelang musim panas.

Malaysia Airlines Buat ‘Survey’ Untuk Benarkan Pramugari Berpakaian Lebih Menutup Aurat
Susulan pembaharuan yang dilakukan oleh British Airways itu, syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines (MAS) dikatakan telah membuat soal selidik (survey) tentang pakaian seragam pramugari mereka.
Pakaian seragam pramugari MAS sebelum ini dikenali dengan baju kebaya bercorak batik yang melambangkan tradisi di Malaysia.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@_nabilahhassan), wanita ini turut berkongsi borang soal selidik secara atas talian itu dan mengajak orang ramai untuk sama-sama memberikan pendapat mereka.
Antara soalan yang diajukan oleh MAS di dalam borang soal selidik berkenaan adalah sama ada syarikat mereka patut mengenakan pakaian yang lebih sopan bagi melambangkan imej Malaysia.
Selain itu, MAS juga meminta pendapat sama ada mereka perlu memberi kebenaran kepada pramugari untuk mengenakan tudung ketika bertugas dalam penerbangan domestik serta antarabangsa.
Walau bagaimanapun, borang soal selidik itu telah ditutup selepas menerima banyak respon daripada netizen yang ingin mengutarakan pendapat mereka berkaitan hal tersebut.
Recently British Airways has provided alternative uniforms for cabin crews who wanna don hijab. Currently @MAS
— Nabilah Hassan (@_nabilahhassan) January 16, 2023
is doing a survey regarding their uniform.
Please spare few minutes to support the alternative for hijab🧕🏻 and a more modest uniform 😇 https://t.co/NOJfwdEZhW pic.twitter.com/rlr6PPsItn
Orang Awam Beri Pelbagai Reaksi Tentang Penukaran Uniform Pramugari MAS
Soal selidik yang dilakukan oleh MAS itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen berhubung pakaian uniform pramugari syarikat penerbangan tersebut.
Salah seorang netizen dikenali sebagai William Dennis memberikan pendapatnya dengan menulis surat kepada Free Malaysia Today (FMT) dan mengutarakan pendapat bahawa uniform kebaya batik yang dipakai oleh pramugari MAS perlu dikekalkan.
Menurutnya, keselamatan para penumpang di dalam kapal terbang tidak mempunyai kaitan dengan pakaian uniform yang dikenakan oleh pramugari ketika mereka sedang bertugas.
Uniform yang dipakai oleh pramugari bertugas di mana-mana syarikat penerbangan tidak menjadi punca kepada sebarang kejadian yang tidak diingini dalam penerbangan.
William Dennis.
Malah, segelintir pengguna media sosial juga memberikan pendapat agar pakaian uniform MAS itu dikekalkan kerana katanya uniform mereka itu membuatkan penumpang berasa seperti berada di Malaysia.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi pandangan agar syarikat penerbangan ini memberi peluang kepada pramugari mereka memakai tudung ketika bertugas di dalam kapal terbang.
Jom vote for hijab 😇 https://t.co/pVSHhWci7R
— Iman Moment (@ImanMoment) January 16, 2023
Jom bagi feedback. Moga cabin crew MAS lepas ni boleh berhijab & berpakaian lebih sopan. https://t.co/TgBynpcDEN
— ndnmnr (@nadhirah7081) January 16, 2023
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.