Now Reading
Pemilik Rumah Sewa Di Klang Temui Mayat Wanita Disimen Dalam Tandas, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Pemilik Rumah Sewa Di Klang Temui Mayat Wanita Disimen Dalam Tandas, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Penemuan mayat itu disedari selepas pemilik rumah berkenaan telah mengupah pekerja untuk membaiki bahagian tandas di rumahnya sebelum disewakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang pemilik rumah sewa di Kampung Pendamar, Klang semalam (3 Disember) berdepan detik mengejutkan apabila menemui mayat dipercayai seorang wanita telah disimen di dalam bilik air.

Memetik sumber Harian Metro, kediaman tersebut sebelum ini telah disewa oleh dua orang lelaki warga asing dan mereka telah berpindah keluar pada bulan Oktober lalu.

Sebagai pemilik rumah sewa, lelaki warga emas berusia 66 tahun itu mahu memeriksa keadaan rumah terbabit sebelum disewakan pula kepada individu lain.


Penyewa Sebelum Ini Dakwa Kewujudan Tikus Punca Mereka Tambah Simen Baru Di Tandas

Selepas melakukan pemantauan terhadap keadaan rumah itu, lelaki berkenaan mendapati terdapat tambahan simen di dalam bilik airnya.

Tidak lama selepas itu, pemilik rumah tersebut bertanya kepada penyewa lamanya dan mereka berkata kononnya simen tambahan berkenaan kerana terdapat bangkai tikus yang mengalir masuk ke dalam kolah mandi.

Tanpa sebarang syak wasangka, pemilik rumahnya berkenaan telah mengupah pekerja untuk membaiki rumahnya sebelum disewakan.

Sumber: via Harian Metro

Ketika proses membaiki itulah mayat mangsa ditemui di dalam simen terbabit sebelum pemilik rumah tampil membuat laporan di Balai Polis Pandamaran semalam (3 Disember).

Sumber.

Susulan laporan yang diterima, pihak polis telah bergegas ke lokasi dan turut meminta bantuan anggota bomba bagi memecahkan simen dan mengeluarkan mayat terbabit.


Seorang Suspek Telah Ditahan Oleh Pihak Polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan kes bunuh yang berlaku disusuli dengan penemuan mayat berkenaan.

Difahamkan seorang lelaki warga asing turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Artikel Berkaitan: Rangka Badan Wanita 25 Tahun Ditemui Dalam Beg Tepi Perhentian Bas Di Kulai

Baca Artikel Berkaitan: 2 Rangka Manusia Ditemui Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan – PDRM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd