Now Reading
2 Rangka Manusia Ditemui Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan – PDRM

2 Rangka Manusia Ditemui Atas Bumbung Bangunan Di Sitiawan – PDRM

Dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan sebuah bank di Sitiawan, Perak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (16 Oktober) penduduk di Sitiawan, Perak dikejutkan dengan penemuan dua rangka manusia di atas bumbung sebuah bangunan bersebelahan sebuah bank.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah, pihak PDRM telah menerima laporan tentang kejadian tersebut daripada seorang wanita pada jam 10.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan pita pelekat berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni serta cebisan kain bendera Perak,” kata Mohamed Nordin.

Bukan itu sahaja, pihak polis juga telah menemui cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu serta sebilah pisau berhulu plastik hitam.


Rangka Dihantar Ke Forensik Untuk Siasatan Lanjut

Susulan itu, rangka yang dijumpai itu telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Tambah Mohamed Nordin, kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dan berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.

PDRM Perak dalam masa sama menyeru orang ramai yang mempunyai info tentang kes berkenaan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Manjung

Baca Artikel Berkaitan: Rangka Manusia 14,000 Tahun Ditemui Di Kelantan, Lebih Tua Daripada Perak Man

Baca Artikel Berkaitan: Rangka Badan Wanita 25 Tahun Ditemui Dalam Beg Tepi Perhentian Bas Di Kulai

Baca Artikel Berkaitan: Mayat Manusia Dikerat 7 Dalam Bagasi Telah Dibunuh 12 Jam Sebelum – PDRM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd