Now Reading
Mayat Manusia Dikerat 7 Dalam Bagasi Telah Dibunuh 12 Jam Sebelum – PDRM

Mayat Manusia Dikerat 7 Dalam Bagasi Telah Dibunuh 12 Jam Sebelum – PDRM

Pihak polis memaklumkan setakat ini identiti masih tidak dapat dikenal pasti kerana mangsa adalah warga asing dan pihak mereka juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak.

Ngeri! Mayat Manusia Dikerat Enam Ditemui Dalam Bagasi Tepi Lebuh Raya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 17 Januari lalu, satu kejadian ngeri telah dilaporkan berlaku di mana satu bagasi misteri ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran dengan susur Rawang Selatan Arah Utara, sekitar jam 2 petang.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila bagasi berkenaan disumbat dengan mayat manusia yang telah dikerat kepada tujuh bahagian.

Ngeri! Mayat Manusia Dikerat Enam Ditemui Dalam Bagasi Tepi Lebuh Raya

Memetik laporan Harian Metro, bahagian badan mangsa itu didapati berada di atas rumput berhampiran dengan lokasi bagasi ditemui.

Susulan penemuan mayat itu, pasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.


Lelaki Warga Asing Dibunuh 12 Jam Sebelum Dibuang

Menurut laporan Kosmo, seorang lelaki warga asing yang dikerat tujuh telah dibunuh kira-kira 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi yang dijumpai di Kilometer (KM) 447 Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Buloh pada 17 Januari 2023.

Ia telah disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh, hari ini (19 Januari).

Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dibunuh 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi dan dibuang ke lokasi terbabit. Setakat ini, identiti masih tidak dapat dikenal pasti kerana mangsa adalah warga asing dan pihak kami juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi.

Pihak polis turut memaklumkan siasatan masih dilanjutkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd