Now Reading
Mayat Manusia Didakwa Warga Asing Dikerat 6 & Disumbat Dalam Bagasi

Mayat Manusia Didakwa Warga Asing Dikerat 6 & Disumbat Dalam Bagasi

Bagasi yang disumbat dengan mayat manusia dikerat enam bahagian itu ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur Rawang Selatan.

Ngeri! Mayat Manusia Dikerat Enam Ditemui Dalam Bagasi Tepi Lebuh Raya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, satu kejadian ngeri dilaporkan berlaku apabila satu bagasi misteri ditemui di tepi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur Rawang Selatan arah utara hari ini (17 Januari) sekitar jam 2:00 petang.

Lebih mengejutkan apabila bagasi tersebut disumbat dengan mayat manusia yang dikerat kepada enam bahagian.

Memetik laporan Harian Metro, bahagian badan mangsa itu didapati berada di atas rumput berhampiran dengan lokasi bagasi itu ditemui.

Ngeri! Mayat Manusia Dikerat Enam Ditemui Dalam Bagasi Tepi Lebuh Raya
Sumber: Harian Metro

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenali pasti kerana tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa namun siasatan awal polis mengesyaki mangsa adalah lelaki warga asing.

Susulan penemuan mayat itu, pasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.

Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd