Now Reading
Rangka Badan Wanita 25 Tahun Ditemui Dalam Beg Tepi Perhentian Bas Di Kulai

Rangka Badan Wanita 25 Tahun Ditemui Dalam Beg Tepi Perhentian Bas Di Kulai

Wanita tersebut dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu sebelum rangka badannya disumbat dalam beg.

Rangka mayat wanita 25 tahun ditemui dalam beg

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 12 April lalu, satu kejadian ngeri dilaporkan berlaku apabila sebuah beg ‘misteri’ ditemui di hentian bas berhampiran Hospital Kulai, Johor.

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa beg tersebut mengandungi rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun yang dipercayai telah dibunuh sebelum badannya dimasukkan ke dalam beg.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kulai Superitendan Tok Beng Yeow memaklumkan bahawa pihak mereka telah menerima laporan tentang penemuan rangka mayat itu sekitar jam 1.50 petang.

Rangka mayat itu dikatakan sudah mereput lebih 50% dan sudah didatangi ulat ‘maggot’.

Mayat tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapat jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kulai Superitendan Tok Beng Yeow.

Wanita 25 Tahun Itu Telah Dibunuh Lebih 2 Minggu

Beng Yeow memberitahu bahawa wanita itu berkemungkinan telah dibunuh lebih dua minggu yang lalu. Namun pihak polis masih menyiasat punca sebenar kematian wanita berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pesalah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204.

Terdahulu, kes hampir sama pernah berlaku apabila satu beg bagasi ditemui dengan berisi mayat manusia dipercayai warga asing yang dikerat kepada tujuh bahagian.

Beg tersebut telah ditemui di Kilometer (KM) 447 Lebuh Raya Utara Selatan, Sungai Buloh pada 17 Januari 2023.

BACA JUGA: Mayat Manusia Dikerat 7 Dalam Bagasi Telah Dibunuh 12 Jam Sebelum – PDRM


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd