Now Reading
Bapa Terpaksa Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Kesayangan Hidap Leukemia

Bapa Terpaksa Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Kesayangan Hidap Leukemia

Menurut si bapa, anaknya sulungnya Muhammad Syed Adha disahkan menghidapi leukemia selepas kerap kali demam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam pada ramai si kecil di luar sana sedang menikmati zaman kanak-kanak mereka, namun lain pula nasib yang menimpa Muhammad Syed Adha Syed Ridzuan apabila menghidap penyakit leukemia.

Untuk info, kanak-kanak berusia enam tahun itu telah disahkan menghidap penyakit tersebut pada bulan Oktober lalu.

Keadaan menjadi lebih pilu apabila Muhammad Syed kini tidak lagi mampu bergerak aktif seperti kebiasaannya.


Kanak-kanak Disahkan Hidap Leukemia Lepas Kerap Demam

Menurut si bapa Syed Ridzuan Hussein, 28, anak sulungnya itu dikesan mempunyai penyakit berbahaya tersebut semasa ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru selepas sering kali demam.

“Anak dimasukkan ke ICU selama empat hari dan doktor mengesahkan dia ada leukemia,” kata Syed Ridzuan memetik sumber Kosmo.


Ayah Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak Sakit

Susulan berita duka cita anaknya, si bapa mengambil keputusan untuk berhenti berkerja sebagai seorang mekanik bagi membolehkannya menjaga anak yang kini sedang sakit.

Walaupun tindakannya itu adalah bagus buat si anak, namun keputusan untuk berhenti itu telah menyebabkan sumber pendapatan keluarga terjejas sejak bulan lalu.

Tambahnya, duit simpanan yang dimiliki pada ketika ini hanyalah berjumlah RM100 sahaja.

“Itu sahaja duit yang kami ada untuk bertahan hidup, nak ke HSI pun kena keluar belanja RM200,” jelasnya.

Bukan sahaja perlu menampung keperluan perubatan si anak, malah dia juga sedang menjaga isterinya yang kini sarat mengandung lapan bulan.

Cakna dengan situasi kewangan yang semakin sempit, Syed Ridzuan telah pun merujuk kepada Baitumal Pontian dan menerima sebanyak RM300 iaitu pembayaran secara sekali (one-off).

Hasrat untuk kembali berkerja turut terhalang apabila memikirkan nasib anaknya yang perlu diberikan perhatian penuh.

Katanya, si kecil Muhammad Syed perlu dikejarkan ke hospital secepat mungkin sekiranya mengalami demam.


Orang Ramai Boleh Hulurkan Sumbangan Kepada Keluarga Muhammad Syed

Menurut si bapa, dia juga perlu menampung anak perempuan dikenali sebagai Nur Syifa yang berusia 3 tahun selain membayar sewa rumah sejumlah RM350 sebulan.

Buat orang ramai yang ­ingin membantu keluarga tersebut, anda boleh menghubungi Syed Ridzuan Hussein di talian (011-60553063) atau me­nyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (01108020267295) atas nama Norhasfarina Dris.


Kenali Simptom Leukemia Akut

Buat anda yang tidak tahu, leukemia akut adalah sejenis penyakit leukemia yang paling lazim dihidapi dalam kalangan masyarakat.

Menurut sumber Hello Doktor, leukemia akut atau acute myelogenous leukemia (AML) boleh berlaku kepada kanak-kanak dan juga golongan dewasa.

Berikut kami senaraikan simptom-simptom leukemia akut yang boleh anda perhatikan. Antaranya:

  • Berpeluh secara berlebihan.
  • Berasa lemah dan penat melampau.
  • Berat badan semakin susut.
  • Badan mudah berdarah dan lebam.
  • Demam dan menggigil.
  • Kerap mendapat jangkitan penyakit.
  • Mempunyai bintik merah pada kulit dipanggil petechiae.
Sumber: Freepik/Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Rayu Bantuan RM100,000 Untuk Tampung Kos Rawatan Bedah Jantung Anak

Baca Artikel Berkaitan: Leukemia Mieloid Kronik (LMK): Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu [Pendapat]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd