Now Reading
Leukemia Mieloid Kronik (LMK): Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu [Pendapat]

Leukemia Mieloid Kronik (LMK): Ini Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu [Pendapat]

Pada masa ini, matlamat rawatan LMK yang ideal adalah untuk memperoleh remisi penyakit yang berpanjangan walaupun setelah berhenti menerima rawatan.

Leukemia Mieloid Kronik (LMK)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Oleh:
Dato Dr. Chang Kian Meng, Consultant Haematologist, Sunway Medical Centre
.


Leukemia Mieloid Kronik (LMK) adalah kanser sel darah putih yang menyumbang 1 daripada setiap 8 kes leukemia di Malaysia, menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-11).

Berbeza dengan kebanyakan kanser, LMK adalah penyakit sepanjang hayat yang boleh memberi kesan besar kepada pesakit dari segi kesihatan yang semakin merosot sehingga ketika diagnosis, memulakan rawatan, pematuhan rawatan, dan pemantauan berkala untuk tindak balas penyakit.

Kemajuan dalam perubatan telah meningkatkan hasil rawatan bagi pesakit LMK. Pesakit LMK kini dirawat dengan inhibitor tirosin kinase (ITK), kumpulan ubat-ubatan oral yang mengikat kepada protein kanser yang spesifik yang menyebabkan kerosakan kepada sel-sel normal adalah lebih rendah.

Sumber: National Cancer Institute.

ITK membuka pintu baru dalam rawatan kanser ketika ditemui 20 tahun yang lalu. Secara ketara, kelangsungan hidup keseluruhan dan kualiti hidup pesakit LMK telah meningkat.

Pesakit LMK juga dijangka dapat memiliki jangka hayat yang hampir sama dengan populasi normal. Pada masa ini, matlamat rawatan LMK yang ideal adalah untuk memperoleh remisi penyakit yang berpanjangan walaupun setelah berhenti menerima rawatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua pesakit memberikan tindak balas yang optimal terhadap ITK dan sesetengah pesakit juga boleh kehilangan kawalan penyakit setelah beberapa waktu.


Tidak Semua Pesakit LMK Mampu Kekalkan Tindak Balas Rawatan Yang Baik

Sehingga 50% pesakit LMK mungkin memerlukan perubahan terapi semasa kursus klinikal penyakit mereka. Kadar kegagalan selama 5 tahun untuk TKI garis pertama boleh mencapai 30-50%, manakala TKI garis kedua dan ketiga mempunyai kadar kegagalan selama 5 tahun masing-masing sebanyak 60% dan 70%.

Tindak balas yang tidak memuaskan dikesan apabila pesakit memulakan rawatan garis pertama tetapi tidak menunjukkan peningkatan optimal dalam dua tahun pertama, atau apabila pesakit kehilangan kawalan yang baik terhadap penyakit setelah menggunakan rawatan untuk jangka masa tertentu. Oleh itu, pesakit memerlukan peralihan kepada rawatan TKI garis kedua atau ketiga.

Kegagalan kepada TKI boleh disebabkan oleh ketahanan terhadap rawatan atau intoleransi terhadap kesan sampingan TKI. Untuk pesakit yang memerlukan penukaran kepada TKI garis ketiga, separuh daripadanya disebabkan oleh intoleransi, manakala separuh lagi disebabkan oleh ketahanan terhadap TKI.

Ketahanan terhadap rawatan berlaku apabila gen-gen sel kanser bermutasi, menjadikan TKI tidak dapat mengikat dengan berkesan kepada tapak reseptor protein kanser, sama seperti anak panah yang kehilangan sasarannya.

Faktor-faktor lain yang mungkin merumitkan rawatan LMK dan pemilihan TKI adalah penyakit sedia ada yang ada pada pesakit (seperti penyakit jantung) yang boleh menghadkan pilihan terapi TKI.

TKI konvensional semasa ini mengesan tapak reseptor yang sama pada protein kanser dan ini boleh menyebabkan ketahanan terhadap kelas ubat ini. Apabila perkara ini berlaku, sehingga 30% pesakit yang awalnya menunjukkan respons kepada rawatan akhirnya mengalami ketahanan terhadap rawatan.


Keperluan Yang Masih Belum Dipenuhi

Sudah 20 tahun sejak TKI konvensional memberikan impak yang signifikan dalam kehidupan pesakit LMK. Namun, terdapat keperluan yang masih belum dipenuhi bagi pesakit LMK yang menjalani rawatan ‘later-line’ dengan pilihan yang tersedia pada masa ini.

Apa yang kita harapkan untuk dicapai, terutamanya dengan rawatan garis kemudian, adalah kawalan penyakit yang lebih baik, kadar kegagalan lebih rendah, dan kesan sampingan yang kurang.

Yang kita pelajari dengan LMK adalah bahawa semakin cepat kita mengawal penyakit ini, semakin tinggi peluang kejayaan dalam mencapai kadar remisi yang lebih tinggi, kelangsungan hidup keseluruhan, dan kualiti hidup yang lebih baik bagi pesakit kita.

Untuk membantu pesakit kita melalui perjalanan mereka dengan jayanya, kita perlu membangunkan lebih banyak pilihan untuk pesakit LMK kita.


Dato Dr. Chang Kian Meng adalah seorang Pakar dalam bidang Hematologi dan perubatan pemindahan organ yang berkhidmat di Sunway Medical Centre. Semua pendapat yang tertulis adalah milik penulis asal dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak TRP.


Jika anda ingin berkongsi pendapat bersama kami, boleh hantarkan e-mel ke editorial@therakyatpost.com dengan tajuk “OPINION” atau “PENDAPAT”: atau melalui media sosial kami TRPBM: FacebookTwitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd