Now Reading
‘Kill Switch’ Dipasang Dalam Konsert Coldplay Di Malaysia, Elak Kejadian Tidak Diingini Berlaku

‘Kill Switch’ Dipasang Dalam Konsert Coldplay Di Malaysia, Elak Kejadian Tidak Diingini Berlaku

Suis pemati dalam konsert Coldplay itu akan digunakan bagi menghentikan persembahan serta-merta sekiranya artis terlibat melanggar garis panduan yang ditetapkan.

coldplay

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tarikh hari ini (22 November 2023) menjadi waktu yang ditunggu-tunggu oleh para peminat kumpulan Coldplay bagi menyaksikan persembahan konsert secara live buat pertama kali diadakan di Malaysia.

Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, perkarangan di luar lokasi itu sudah mula dipenuhi oleh orang ramai sejak 9:00 pagi tadi untuk membolehkan mereka menjadi antara yang terawal memasuki stadium.

Difahamkan, ada juga penonton yang sudah mula memasuki stadium setakat jam 5:00 petang tadi.


Suis Pemati Digunakan Dalam Konsert Coldplay

Memetik sumber Sinar Harian, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour itu akan dipasang dengan suis pemati (kill switch).

Tindakan itu dilakukan selepas berbincang dengan penganjur konsert dan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Suis berkenaan akan digunakan bagi menghentikan persembahan serta-merta sekiranya artis terlibat melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin. Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Sumber: Instagram @coldplay

Pada masa yang sama, Fahmi turut menasihati orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memudahkan pergerakan pergi dan balik dari konsert Coldplay pada jam 8:30 malam ini.


Penganjur Beri Jaminan Coldplay Akan Patuhi Garis Panduan Ditetapkan

Memetik sumber Harian Metro, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataan pada hari ini memaklumkan bahawa kumpulan Coldplay akan mematuhi peraturan yang ditetapkan di Malaysia.

Malah, pihak penganjur juga memberi jaminan bahawa artis berkenaan akan mematuhi garis panduan seperti mana yang dimaklumkan oleh PUSPAL.

Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, ia hanyalah pandangan dan bukannya fatwa. Sehubungan itu, konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour’ akan diteruskan hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Sebelum ini, penganjuran konsert berkenaan mendapat bantahan dari Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim kerana menganggap ia seolah-olah tidak menghormati kesedihan dan perasaan simpati terhadap umat Islam di Palestin.

Beliau yang juga memegang jawatan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (Muis) turut menambah bahawa kumpulan itu sebelum ini pernah juga terpalit dengan tohmahan kerana menyokong arus songsang LGBT.

Baca Artikel Berkaitan: “Konsert Coldplay Dianggap Tak Hormat Kesedihan & Perasaan Umat Islam Di Palestin” – Timbalan Mufti Perak

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Di Malaysia: Live Nation Beri Panduan Tentang Tiket Untuk ‘Third Party’

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay: Elak Cetus Provokasi & Jangan Bawa Barangan Terlarang – PDRM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd