Konsert Coldplay: Elak Cetus Provokasi & Jangan Bawa Barangan Terlarang – PDRM
Pihak polis menasihati para pengunjung untuk tidak melakukan sebarang provokasi semasa dan selepas konsert Coldplay yang dijangkakan dihadiri seramai 75,000 orang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Debaran dan keterujaan kini mula dirasai apabila konsert oleh kumpulan rock British, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour akan berlangsung pada malam ini (22 November).
Selepas berbulan-bulan menunggu kedatangan kumpulan itu, akhirnya penonton akan dapat menyaksikan persembahan mereka secara live buat kali pertama di Malaysia.
Walau bagaimanapun, pihak polis telah memberikan peringatan dan sedikit nasihat kepada orang ramai yang akan hadir ke konsert berkenaan kerana ia dijangkakan mempunyai jumlah pengunjung yang ramai.
Elak Cetus Provokasi Semasa & Selepas Konsert
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menasihati pengunjung untuk tidak melakukan sebarang provokasi semasa atau selepas berlangsungnya konsert itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekecohan pada malam ini.
Untuk info, seramai 75,000 penonton dijangka berada di konsert Coldplay itu.
Barang Terlarang Semasa Hadir Ke Konsert
Tambah beliau, pemeriksaan badan, beg dan barangan dibawa akan dilakukan di pintu masuk yang dibuka jam 6 petang oleh polis.
Pemeriksaan tersebut bertujuan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai terjamin.
Buat mereka yang hadir ke konsert itu, di sini kami kongsikan barangan yang dilarang bawa iaitu:
- Mercun.
- Topi keledar.
- Laser, objek tajam dan senjata.
- Minuman keras.
- Payung dan tongkat.
- Powerbank.
- Botol air.
- Pemetik api, rokok dan rokok elektronik.
- Pembesar suara.
- Drone.
Jelas Zam Halim, pihak polis tidak akan bertanggungjawab ke atas barang larangan yang dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun dalam kawasan sekitar stadium.
PDRM Sarankan Pengunjung Guna Pengangkutan Awam
Polis dalam masa sama menyarankan para pengunjung yang hadir agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Buat mereka yang memandu pula, adalah diingatkan agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sekitar laluan masuk dan keluar stadium itu.
“Orang ramai juga dinasihati mematuhi arahan anggota polis yang bertugas, mengamalkan sikap tolak ansur dan bersabar ketika memandu di sekitar stadium berkenaan,” kata beliau.
Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Di Malaysia: Live Nation Beri Panduan Tentang Tiket Untuk ‘Third Party’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Chris Martin Terjebak Tagline ‘Pinjam 100’, Penonton Konsert Coldplay Di Jakarta Berdekah!
Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram