Now Reading
Khidmat F&B Malaysia Airlines Bakal Kembali 15 November Ini Lepas Tamatkan Kontrak Bersama Brahim’s Food

Khidmat F&B Malaysia Airlines Bakal Kembali 15 November Ini Lepas Tamatkan Kontrak Bersama Brahim’s Food

Setakat ini, Malaysia Airlines Berhad mempunyai lapan perkhidmatan katering tersedia untuk membekalkan makanan dan minuman dalam penerbangan bermula 15 November akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (2 November), Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail dalam satu kenyataan berkata perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bakal dikembalikan semula pada 15 November 2023.

Usaha ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan F&B yang lebih baik kepada para penumpang.

Menurut Kapten Izham, pemulihan perkhidmatan tersebut kepada keadaan normal seperti sebelum ini berada pada tahap 97%.


MAG Hadapi Perjalanan Sukar Untuk Pulihkan Perkhidmatan F&B Malaysia Airlines

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa pengembalian F&B merupakan perjalanan sukar sejak syarikat penerbangan itu menamatkan kontraknya bersama Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) pada bulan Ogos lalu.

“Apabila menjalankan perniagaan, anda perlu memberi tumpuan kepada objektif dan walaupun katering bukan bisnes teras kami, pengalaman pelanggan adalah perniagaan teras MAG,” jelas beliau.


Malaysia Airlines Bakal Lancar Menu Makanan Berasaskan Asean

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MAG juga menjamin komitmen yang sedang diusahakan bagi menangani isu makanan dalam penerbangan.

Jelas beliau, para penumpang yang terdiri daripada masyarakat seluruh dunia membuatkan MAG komited untuk memperkenalkan menu makanan berteraskan Asean.

“Aspirasi kami adalah untuk menjadi syarikat penerbangan premium mesra Asia. Justeru, kita perlu menggambarkan keindahan Asean dan Asia dengan menyediakan pelbagai menu,” ujar beliau.

Gambar Sekadar Hiasan

Malaysia Airlines Bhd Kini Ada 8 Khidmat Katering F&B

Tambah Izham Ismail, MAB kini mempunyai lapan perkhidmatan katering tersedia untuk membekalkan makanan dan minuman dalam penerbangan serta menerima 24 trak hi-lift.

“Kami mempunyai 24 trak hi-lift yang baru tiba beberapa minggu lepas dan ia sudah bersedia beroperasi pada 15 November. Semuanya akan kembali normal,” katanya.

Untuk makluman semua, trak hi-lift adalah aspek penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan bagi memastikan kualiti makanan mematuhi piawaian keselamatan.

Antara piawaian keselamatan adalah seperti suhu yang betul, memelihara kesegaran makanan panas serta mengekalkan amalan dikawal ketat sepanjang proses berkenaan.

Terdahulu, Malaysia Airlines dan penyedia makanan mereka, Brahim’s Food Services telah menamatkan kerjasama katering selama 26 tahun dalam penerbangan tersebut pada 31 Ogos yang lalu.

Dalam tempoh peralihan, penumpang Malaysia Airlines dibenarkan untuk membawa hidangan sendiri kerana penerbangan tidak dapat menyediakan hidangan istimewa.

Baca Artikel Berkaitan: Tony Fernandes Cadang Jadikan ‘Santan’ Sebagai Penyedia Makanan MAS

Baca Artikel Berkaitan: Malaysians Support The End Of MAS And Brahim’s Holdings Partnership

Baca Artikel Berkaitan: MAS Buat ‘Survey’ & Minta Pendapat Orang Awam Tentang Pilihan Pakaian Pramugari Lebih Tutup Aurat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd