Now Reading
Polis Israel Sekat Jemaah Islam Ke Masjid Al-Aqsa

Polis Israel Sekat Jemaah Islam Ke Masjid Al-Aqsa

Namun begitu, sekatan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa ini hanya dilakukan kepada jemaah beragama Islam dan tidak termasuk penduduk Yahudi.

masjid alaqsa (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan udara yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis ke atas Palestin mendapat tentangan hebat dari seluruh masyarakat dunia apabila ia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 5,791 mangsa.

Lebih kejam lagi, tentera Israel turut mengebom hospital dan beberapa kawasan berhampiran sehingga sistem kesihatan di Palestin sudah lumpuh sepenuhnya akibat ketiadaan bekalan elektrik.

Meskipun jelas kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel, namun masih ada pihak yang menyokong rejim Zionis.

Artikel Berkaitan: [Video] Wartawan Romania Meniarap Dakwa Israel Diserang Roket, Tapi Rakyat Santai Berbasikal

Artikel Berkaitan: Lelaki Syahid Di Palestin Ditemui Dalam Keadaan Jari Telunjuk Diangkat, Bawa Maksud ‘Allah Yang Satu’

Artikel Berkaitan: “Syurga Buat Mu Saudara” – Frontliner Di Gaza Nangis Lihat Rakan Setugas Syahid


Jemaah Islam Dihalang Masuk Masjid Al-Aqsa Selepas Disekat Oleh Polis Israel

Kebencian masyarakat dunia terutamanya umat Islam semakin membuak-buak apabila baru-baru ini pihak polis Israel telah menyekat kemasukan jemaah Muslim ke Masjid Al-Aqsa sejak semalam (24 Oktober).

Memetik sumber Agensi Berita Palestin (WAFA), polis Israel menutup kesemua pintu masuk yang menuju ke perkarangan masjid dan mengawal ketat jemaah yang mahu memasukinya.

Sumber: Al Jazeera

Sebelum menghalang sepenuhnya kemasukan umat Islam, mereka hanya membenarkan warga emas sahaja untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.

Namun begitu, sekatan ini hanya dilakukan kepada jemaah beragama Islam dan tidak termasuk penduduk Yahudi.

Ini kerana individu beragama Yahudi dibenarkan untuk beribadah di masjid berkenaan dan tindakan sedemikian secara jelas telah melanggar status quo Masjid Al-Aqsa.


Sejarah Tentang Masjid Al-Aqsa

Sumber: Al Jazeera

Status quo yang telah menjadi pertikaian selama beberapa dekad melibatkan Masjid Al-Aqsa hanya membenarkan umat Islam sahaja untuk beribadat di perkarangan masjid yang turut dikenali sebagai ‘Temple’ Mount’ oleh penganut Yahudi.

Memetik sumber Utusan, seorang pegawai Israel berkata mereka mematuhi peraturan di mana penganut Yahudi dibenarkan untuk membuat kunjungan biasa di kawasan masjid ini tanpa melakukan sebarang ibadah mereka.

Masyarakat beragama Islam mahu mempertahankan Masjid Al-Aqsa ini kerana ia merupakan salah satu masjid yang disebut di dalam kitab suci al-Quran selain ia menjadi lokasi berlakunya peristiwa Israk Mikraj.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd