Now Reading
Lelaki Syahid Di Palestin Ditemui Dalam Keadaan Jari Telunjuk Diangkat, Bawa Maksud ‘Allah Yang Satu’

Lelaki Syahid Di Palestin Ditemui Dalam Keadaan Jari Telunjuk Diangkat, Bawa Maksud ‘Allah Yang Satu’

Kelihatan jari telunjuk seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Abu Dan diangkat tegak sebagai simbol kepada ‘Allahu Ahad’ yang membawa maksud ‘Allah Yang Satu’.

jari telunjuk allah yang satu syahid palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembedilan ke atas Gaza yang dilakukan tanpa henti oleh tentera rejim Zionis menggunakan bom dan roket tidak mematahkan semangat rakyat Palestin untuk memperjuangkan tanah mereka.

Malah, rakyat Palestin masih boleh dilihat tersenyum gembira menjalani kehidupan mereka di samping mengharapkan syahid daripada Allah SWT.

Sehingga ke hari ini, lebih 5,100 mangsa yang telah terkorban akibat kekejaman tentera Israel sebagai serangan balas terhadap pejuang Hamas.


Lelaki Syahid Di Palestin Dengan Jari Telunjuk Diangkat Sebagai Simbol ‘Allah Yang Satu’

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @cintagaza_my), satu gambar telah dikongsi kepada orang ramai menunjukkan keadaan seorang lelaki yang syahid ketika terbunuh dalam serangan udara tentera penjajah.

Dalam gambar tersebut, kelihatan jari telunjuk seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Abu Dan diangkat tegak sebagai simbol kepada ‘Allahu Ahad’ yang membawa maksud ‘Allah Yang Satu’.

Satu video yang dikongsikan juga menunjukkan jari telunjuk jenazah itu tidak dibalut dengan kain kafan dan dibiarkan berada di bahagian luar.


Netizen Terkedu Lihat Keadaan Jari Telunjuk Diangkat Ketika Syahid Di Palestin

Perkongsian gambar menunjukkan keadaan jari telunjuk syuhada di Palestin itu membuatkan ramai netizen Malaysia terkedu.

Sebahagian netizen di media sosial juga kagum dengan keberanian serta kekuatan rakyat Palestin yang tetap teguh mempertahankan negara mereka meskipun mengetahui ajal menanti.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar roh rakyat Palestin yang terkorban diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT.


Jenazah Rakyat Palestin Berbau Wangi

Sebelum ini, Instagram milik Cinta Gaza Malaysia ada berkongsi kisah tentang jenazah milik seorang rakyat Palestin dikatakan berbau harum meskipun sudah tiga hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Difahamkan, wajah jenazah dikenali sebagai Abdullah Rabi’e Sahwil itu kelihatan tenang selepas dibunuh akibat keganasan tentera musuh.

Keadaan syuhada itu dikatakan seperti sedang tidur walaupun ditemui oleh sekumpulan rakyat di Gaza selepas tiga hari.

Artikel Berkaitan: “Sebaik-baik Pengakhiran” – Jenazah Warga Palestin Berbau Harum Lepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bangunan Undang Perhatian Ramai

Artikel Berkaitan: “Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Artikel Berkaitan: “Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd