“Harap Boleh Jadi Kawan” – Tahanan Israel Puji Layanan Hamas Kepada Anaknya Bak Puteri
Pejuang Hamas juga melayani anak perempuan tahanan Israel itu dan memenuhi segala permintaan seperti darah daging sendiri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 22 November lalu, kerajaan Israel telah memeterai perjanjian untuk melakukan gencatan senjata selama empat hari sekiranya pejuang Hamas bersetuju untuk membebaskan sejumlah 50 tebusan wanita dan kanak-kanak di Gaza pada ketika ini.
Sebagai pertukaran, 150 rakyat Palestin yang berada di penjara rejim Zionis akan dibebaskan mengikut umur bermula dengan golongan warga emas.
Baca Artikel Berkaitan: Israel Umum Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu Hamas Bebaskan 50 Tahanan
Dalam perkembangan terbaharu, gencatan senjata ini dilanjutkan selama dua hari iaitu 28 dan 29 November.
Wanita Israel Hargai Layanan Tentera Hamas Ketika Menjadi Tahanan
Susulan perjanjian yang dipersetujui, pihak tentera Hamas juga telah membebaskan beberapa tahanan wanita dan kanak-kanak Israel.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@cintagazamalaysia), seorang wanita dikenali sebagai Danyal bersama anak perempuannya yang turut dibebaskan telah mengirimkan warkah kepada tentera Briged Al-Qassam sebagai tanda menghargai layanan yang diberikan kepada mereka.
Warkah itu kemudiannya diterjamah oleh pasukan Cinta Gaza Malaysia.
Menurut wanita berkenaan, dia meluahkan rasa terharu atas kebajikan yang dijaga sepanjang menjadi tahanan mereka.
Lebih menyentuh hatinya lagi, pejuang Hamas juga melayani anak perempuan tahanan Israel itu dan memenuhi segala permintaan termasuklah memberikan manisan dan buah-buahan.
Kalian seperti ibu bapa kepadanya, menjemputnya ke dalam bilik kalian bila-bila masa yang dia mahu. Dia mengakui kalian semua kawannya bukan saja kawan biasa tetapi seseorang yang benar-benar baik dan disayangi.
Tahanan wanita Israel yang dibebaskan oleh tentera Briged Al-Qassam.
Tambahnya lagi, anggota Briged Al-Qassam turut menjaga anak perempuannya bernama Emilia ibarat darah daging sendiri serta bak puteri.
Anak perempuan saya rasa macam seorang puteri di Gaza kerana dari anggota pangkat rendah sehingga ke pimpinan atas melayannya dengan baik, lembut dan dengan penuh kasih sayang.
Tahanan wanita Israel.
Sebelum mengakhiri warkah tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa terhutang budi dengan tentera Hamas kerana mereka tidak mengalami sebarang trauma psikologi ketika meninggalkan bumi Gaza.
Malah, tahanan wanita berkenaan juga berharap dapat menjalinkan hubungan sebagai sahabat kepada pejuang Hamas.
Saya harap kita boleh menjadi kawan baik di dunia ini. Saya doakan anda semua sihat dan salam sayang kepada kalian dan ahli keluarga kalian. Terima kasih banyak-banyak.
Tahanan wanita Israel.
Memetik sumber Berita Harian, Kementerian Luar Qatar memaklumkan bahawa pasukan Hamas telah membebaskan seramai 69 orang tahanan manakala tentera Israel pula membebaskan 150 tahanan sepanjang tempoh empat hari gencatan senjata.
Dua Orang Warga Emas Juga Puji Layanan Baik Oleh Tentera Hamas
Sebelum ini, dua orang warga emas yang merupakan tahanan Hamas turut berkongsi perkara sama apabila mereka menceritakan pengalaman dilayan dengan baik semasa menjadi tebusan.
Mereka juga sempat memberi makanan ringan serta minuman kepada tahanan tersebut sebelum dibebaskan.
Difahamkan, pejuang Palestin itu bertindak membebaskan mereka oleh kerana faktor umur yang sudah tua.
Baca Artikel Berkaitan: Pejuang Hamas Bebaskan 2 Tahanan Israel, Siap Beri Layanan Baik Raih Pujian Netizen [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dipukul Setiap Minggu” – Remaja Palestin Kongsi Keperitan Selepas Dipenjara 5 Bulan Tentera Israel
Baca Artikel Berkaitan: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Gesa Gencatan Senjata Di Gaza
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.