Now Reading
“Dipukul Setiap Minggu” – Remaja Palestin Kongsi Keperitan Selepas Dipenjara 5 Bulan Tentera Israel

“Dipukul Setiap Minggu” – Remaja Palestin Kongsi Keperitan Selepas Dipenjara 5 Bulan Tentera Israel

Remaja lelaki dikenali sebagai Osama Nayef telah dikurung dalam penjara Israel selama lima bulan dan diberikan makanan yang amat sedikit untuk mengalas perut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 22 November lalu, Israel akhirnya telah bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata selama empat hari di Palestin.

Menerusi perjanjian tersebut, Israel telah bersetuju dengan gencatan senjata demi pembebasan 50 tawanan wanita dan kanak-kanak yang diculik pejuang Hamas.

Namun sebagai pertukaran, mereka perlu melepaskan seramai 150 orang wanita dan kanak-kanak Palestin dari penjara.

Baca Artikel Berkaitan: Israel Umum Setuju Gencatan Senjata 4 Hari, Mahu Hamas Bebaskan 50 Tahanan


Tebusan Ditahan Selama 5 Bulan Di Jel Israel

Susulan gencatan sejata yang dikuat kuasa, Osama Nayef Osama Marmash merupakan salah seorang daripada 39 tahanan dari Palestin yang berjaya dibebaskan.

Selepas sahaja dibebaskan, remaja lelaki berusia 16 tahun itu telah berkongsi pengalaman perit dan pahit yang dilaluinya apabila ditindas oleh rejim Zionis ketika berada di dalam penjara.

Menurut Osama Nayef yang berasal dari Nablus, utara Tebing Barat Palestin, dia telah dijadikan tahanan sejak lima bulan lalu.

Tambahnya, dia mendapat khabar berita gembira pelaksanaan gencatan senjata oleh tentera Israel pada Jumaat minggu lepas 24 November.

Jelas remaja itu, dia yang telah bangun pagi, mencuci muka dan membaca al-Quran melihat beberapa orang tentera Israel sedang merayau-rayau di sekitar jel tahanan untuk memilih siapa yang bakal dibebaskan.

Sumber: Al Jazeera/Pexels

Namun akhirnya, nama Osama Nayef telah tersenarai dalam antara mereka yang bakal dibebaskan ketika berlangsungnya gencatan senjata buat pertama kali sejak 7 Oktober lalu.

“Sejak lapan pagi, kami menunggu dalam kesejukan sehingga Palang Merah datang dan membawa kami keluar dari penjara,” katanya.


Tahanan Kongsi Kisah Sengsara Dilalui Ketika Di Jel Israel

Selama lima bulan terperangkap dalam jel pihak musuh, lelaki itu berkata bahawa dia terpaksa menahan kesakitan kerana dipukul oleh tentera Israel pada setiap minggu.

“Setiap minggu, mereka (tentera Israel) datang memukul kami dan merampas semua pakaian, cadar dan tilam,” ujarnya kepada Agensi Anadolu.

Tambahnya, tentera Israel dikatakan telah mencurahkan air ke atas tahanan ketika cuaca sangat sejuk. Namun hanya dibekalkan dengan kain cadar yang sangat nipis untuk menyelimutkan diri.

Penindasan tidak berhenti di situ sahaja, rejim Zionis itu juga memberikan bekalan makanan yang amat sedikit kepada para tebusan untuk mengalas perut.

“Mereka hanya memberi kami dua beg roti sehari dan kami terpaksa berkongsi lapan orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, kabinet Israel sedang dalam pembincangan berkemungkinan akan melanjutkan gencatan senjata antara pihaknya dengan pejuang Hamas.

Baca Artikel Berkaitan: Gencatan Senjata Sementara Di Gaza Mungkin Akan Dilanjutkan Dalam Perang Israel-Palestin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hamas Dipuji Kerana Beri Layanan Baik Kepada 2 Tahanan Israel Sebelum Dibebaskan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd