Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Gesa Gencatan Senjata Di Gaza
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan bahawa para pemimpin perlu bersatu bagi menyokong usaha dalam melakukan gencatan senjata di Gaza.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tindakan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel telah menyaksikan lebih 11,320 warga Palestin yang tidak bersalah terbunuh dalam serangan balas rejim Zionis sejak 7 Oktober lalu.
Bukan setakat mengebom kawasan penempatan, malah hospital yang menempatkan pesakit di Palestin turut dihancurkan dan dimusnahkan melalui serangan roket.
Pembunuhan yang dilakukan tanpa hati perut oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) membuatkan hampir kebanyakan negara menggesa agar gencatan senjata dilakukan dengan segera.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Aminah Gesa Gencatan Senjata Di Gaza
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@istana_negara), Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menggesa pemimpin dunia menyokong gencatan senjata di Gaza.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah agar koridor bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dibuka secara kekal.
Tunku Azizah juga menegaskan bahawa para pemimpin perlu bersatu bagi menyokong usaha menghantar bantuan penting kepada penduduk Palestin.
Beta berdiri di sini bukan sahaja sebagai Permaisuri, tetapi sebagai ibu, anak-anak yang amat disayangi. Beta berdiri di sini sebagai manusia dan kita mesti tegas bersuara supaya semua ini dihentikan.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda bertitah ketika menghadiri sidang kemuncak ‘United for Peace in Palestine’ di Istanbul semalam (15 November) yang diilhamkan oleh Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan.
Setiap daripada wakil negara telah diberikan tempoh 10 minit bagi menyampaikan kenyataan mereka.
Tunku Azizah bertitah bahawa setiap umat Islam wajib untuk menggesa sengketa dinoktahkan dengan segera.
Beta dengan rendah hati bercakap untuk setiap seorang daripada mereka dan sebagai seorang Muslim, harus diingat adalah menjadi kewajipan kita sebagai manusia untuk menuntut penamatan semua permusuhan.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Gencatan Senjata Turut Digesa Oleh Presiden Indonesia Secara Berdepan Dengan Joe Biden
Pada Isnin lalu (13 November), Presiden Indonesia Joko Widodo telah mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bagi meningkatkan usaha menghentikan penindasan yang dilakukan terhadap Gaza dan segera melakukan gencatan senjata.
Desakan itu dilakukan secara bersemuka ketika beliau melawat Rumah Putih (White House) di Washington DC, Amerika Syarikat pada Isnin lalu (13 November).
Walau bagaimanapun, desakan Jokowi kepada Biden untuk menghentikan serangan ke atas Gaza seolah-olah tidak diambil berat oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Ini boleh dilihat apabila Biden mengubah topik dengan membangkitkan tentang isu iklim yang dibincangkan saat mereka berjumpa pada awal pertemuan sebaik Jokowo menyuarakan perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Presiden Jokowi Bersemuka Dengan Joe Biden Minta Gencatan Senjata Di Gaza Dikagumi Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Template & Cara Untuk Rakyat Malaysia Gesa Genjatan Senjata Di Palestin
Joe Biden Disaman Kerana Tidak Berjaya Hentikan Pembunuhan Beramai-ramai Di Palestin
Pusat Hak Perlembagaan di New York telah memfailkan saman terhadap Joe Biden bersama pentadbiran Amerika Syarikat kerana tidak menghalang pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Fail saman itu dilakukan kerana dia gagal menghalang pembunuhan secara beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Selain itu, saman itu bertujuan untuk mewajibkan penguatkuasaan undang-undang dan moral asas serata dunia iaitu untuk mencegah genosid serta kemusnahan rakyat.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza
Baca Artikel Berkaitan: Joe Biden Disaman Gara-gara Gagal Halang Genosid Di Palestin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.