Now Reading
Caj Tol Bakal Dikenakan Ketika Kunjungi Genting Highlands? Ini Respon Kerajaan Pahang

Caj Tol Bakal Dikenakan Ketika Kunjungi Genting Highlands? Ini Respon Kerajaan Pahang

Rancangan pelaksanaan tol jalan sehala di Genting Highlands tidak pernah dibangkit dan dibincangkan ketika mesyuarat exco negeri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Genting Highland merupakan destinasi pelancongan terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja orang dewasa, malah golongan muda juga dilihat sering naik ke atas pada waktu malam, katanya untuk ‘healing’.

Buat mereka yang tidak tahu nak buat aktiviti apa pada hujung minggu, anda bolehlah pergi ke tempat itu untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Memang syok lebih-lebih lagi dapat pergi ke taman tema Genting Skytropolis yang dibuka semula pada tahun lepas.


Bayaran Tol Jalan Sehala Bakal Dikenakan Kepada Pengunjung Genting Highlands

Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan pengutipan tol daripada pemandu yang berkunjung ke kawasan pelancongan tanah tinggi, Genting Highlands tidak lama lagi.

Memetik laporan Sin Chew Daily, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd berkata syarikat berkenaan akan mengenakan bayaran tol semasa menghala ke Genting Highlands sahaja dan bukan ketika menuruni kawasan tersebut.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan dan paling penting menyelenggara jalan,” jelas jurucakap itu.

Tambahnya, Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) telah menyelenggara jalan di tanah tinggi sejak awal pembinaannya iaitu pada pertengahan 60-an.

Sumber: Media sosial

Caj Bayaran Tol & Tarikh Pelaksanaan Belum Diputuskan

Jurucakap tersebut bagaimanapun menjelaskan bahawa syarikat itu belum mengesahkan tarikh kuat kuasa dan kadar tol yang bakal dikenakan kepada para pemandu.

Dalam masa sama, pihak mereka juga telah menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan kutipan tol sejumlah RM2.50 dan RM3 bermula Jun 2024.

“Perkara tersebut memerlukan lebih banyak perbincangan sebelum membuat pengumuman rasmi,” katanya lagi.

Sumber: X (Twitter)

Kerajaan Pahang Terkejut Dengan Rancangan Plaza Tol Di Genting Highlands

Susulan itu, khabar berita rancangan pelaksanaan tol jalan sehala yang bakal dijalankan telah mengundang perhatian kerajaan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Pelancongan dan Kebudayaan negeri Leong Yu Man berkata perkara itu tidak pernah dibangkit atau dibincangkan ketika mesyuarat exco negeri.

“Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu. Biar saya mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu,” katanya ketika dihubungi oleh NST.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata beliau tidak pasti berkenaan laporan terbabit dan sedang dalam proses mendapatkan pengesahan daripada pihak terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Dedah Detik Cemas Anak Kecil Hampir Diculik 2 Wanita Di Genting Highlands

Baca Artikel Berkaitan: Laluan Batang Kali-Genting Highlands Mula Dibuka Semula Hari Ini, 6 Januari

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terima Upah RM500 Untuk Servis Cari iPhone 13 Mini Jatuh Gaung Di Genting Highlands


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd