Now Reading
Lelaki Terima Upah RM500 Untuk Servis Cari iPhone 13 Mini Jatuh Gaung Di Genting Highlands

Lelaki Terima Upah RM500 Untuk Servis Cari iPhone 13 Mini Jatuh Gaung Di Genting Highlands

Dengan anggaran upah RM500, lelaki ini bersiap dengan kelengkapan untuk turun ke gaung di Genting Highlands bagi mencari iPhone 13 Mini yang sudah terjatuh hampir sebulan.

Lelaki Ini Tawar Servis Selamatkan iPhone 13 Terjatuh Dalam Gaung Di Genting Highlands

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Genting Highlands yang terletak di Pahang merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bercuti atau bersantai.

Ada yang suka pergi ke sana sekadar untuk mengambil angin sejuk sahaja. Maklumlah, cuaca di Malaysia ni boleh tahan panas juga.

Walaupun sudah berkali-kali ke Genting Highlands, tapi setiap kali pergi itulah akan ambil gambar, betul tak?

BACA JUGA: Tak Tahu Nak Buat Apa Di Genting Highland? Jom Singgah 4 Lokasi Menarik Ini

Sumber: Travel Triangle

Pemuda Berjaya Cari Semula iPhone 13 Selepas Sebulan Terjatuh Dalam Gaung Di Genting Highlands

Tetapi pernah tak anda terfikir macam mana kalau telefon anda terjatuh ke bawah bukit secara tidak sengaja? Alamak, minta dijauhkan!

Pengalaman itulah yang dilalui oleh seorang pemuda ini apabila iPhone 13 Mini miliknya dikatakan terjatuh ke dalam gaung ketika bersama-sama dengan rakan di Genting Highlands.

Menerusi perkongsian video yang muat naik di laman TikTok (@treeyoman), lelaki ini yang bekerja sebagai ‘tree worker climber’ menceritakan pengalaman ketika membuat misi mencari telefon bimbit seorang lelaki yang telah terjatuh di Genting Highlands.

Di awal video, pengguna TikTok telah bertemu terlebih dahulu dengan pemilik iPhone 13 Mini tersebut untuk mengetahui lokasi terakhir gajet berkenaan.

Sumber: TikTok/ @treeyoman

Selepas menjejakinya menggunakan iPhone tracker, pekerja yang dipercayai diupah dengan RM500 itu bersedia memakai segala kelengkapan keselamatan sebelum turun ke kawasan bergaung bagi memulakan operasi pencarian telefon.

Tidak lama selepas itu, iPhone 13 Mini tersebut berjaya ditemui di celahan rumput dalam keadaan yang elok serta tidak pecah.

Jangan risau, iPhone 13 Mini itu masih boleh berfungsi seperti biasa selepas dicas semula.

Sumber: TikTok/ @treeyoman

Video ini telah berjaya meraih 218,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@treeyoman

Search & Resue Iphone 13 Mini Jatuh Gaung Genting Highland #treeyoman #treecaresafety #moveintrees search&rescue #fyp #iphone13mini

♬ Little One – Cromok

Ramai Tak Sangka Ada Rupanya Servis Seperti Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut melihat keberanian pemuda ini yang menawarkan khidmat mencari barang hilang di kawasan yang agak membahayakan.

Bukan semua orang boleh melakukan pekerjaan seperti ini ya.

Selama ini memang terfikir kalau telefon atau ada baranagn terjatuh di kawasan berbukit, terpaksa redha sahaja.

Malah, ada juga yang baru mengetahui kewujudan pekerjaan seperti mana yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Kalau anda berdepan situasi sama dengan lelaki tersebut, jangan pandai-pandai pergi turun ambil telefon atau barangan anda sendiri ya.

Lebih baik minta pertolongan dari mereka yang lebih profesional dan berpengalaman.

BACA JUGA: ‘Iron Lady’ Tukar Lampu Di Puncak Menara Berkembar KLCC Buat Ramai Kagum


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd