Now Reading
Laluan Batang Kali-Genting Highlands Mula Dibuka Semula Hari Ini, 6 Januari

Laluan Batang Kali-Genting Highlands Mula Dibuka Semula Hari Ini, 6 Januari

Hanya satu lorong sahaja yang akan dibuka di laluan Batang Kali-Genting Highlands itu dan terhad mengikut syarat-syarat tertentu.

Laluan Batang Kali-Genting Highlands Mula Dibuka Semula Hari Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 20 Disember lalu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat keputusan untuk menutup laluan sepanjang Jalan Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor dalam tempoh setahun bagi membaiki semula jalan serta cerun yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran ladang organik di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor telah mengakibatkan laluan tersebut agak berbahaya untuk digunakan oleh orang awam.

tanah-runtuh-batang-kali-1
Sumber: MalayMail

Dalam pada itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat.

BACA JUGA: Jalan Batang Kali-Genting Ditutup Setahun Untuk Kerja Pembaikan

Namun, penutupan laluan berkenaan telah membuatkan sesetengah orang awam terutamanya yang bekerja di Genting Highlands agak kecewa dengan tindakan tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, penutupan jalan itu akan menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan yang lebih jauh dan lebih sesak ke Genting Highlands untuk ke tempat kerja.

Jalan Batang Kali-Genting Highlands Dibuka Semula Pada 6 Januari Jam 5 Petang

JKR dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa laluan sementara di Jalan Batang Kali-Genting Highlands akan dibuka semula hari ini (6 Disember) pada jam 5:00 petang.

Sumber: Astro Awani

Hanya satu lorong sahaja yang akan dibuka di laluan tersebut dan terhad mengikut syarat-syarat tertentu seperti:

  • Pekerja Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan daripa majikan sahaja.
  • Kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna).
  • Kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter).

Pengguna yang dibenarkan menggunakan laluan tersebut juga tidak boleh memberhentikan kenderaan mereka di kawasan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada bulan Disember lalu.

Pengguna diminta untuk berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut dan perlu mematuhi segala arahan pada papan tanda kerana kerja-kerja pemantauan cerun masih berjalan seperti biasa.

Jabatan Kerja Raya (JKR)

Pengguna jalan raya yang lain pula disarankan untuk menggunakan jalan alternatif iaitu laluan Ulu Yam – Batu Caves atau Kuala Lumpur – Ipoh bagi mengurangkan risiko kesesakan lalu lintas.


Kejadian Tanah Runtuh Batang Kali

Pada 16 Disember lalu, satu insiden tidak diingini berlaku apabila sebuah tapak perkhemahan berhampiran ladang organik di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

Sumber: Astro Awani

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada jam 2:24 pagi sebelum para anggota dan jentera digegaskan ke tapak perkhemahan berkenaan.

Kejadian tanah runtuh itu telah meragut 31 nyawa termasuk kanak-kanak manakala 61 individu lain berjaya diselamatkan oleh pihak anggota keselamatan.

tanah runtuh batang kali
Sumber: Twitter @redzuanNewMPB

Pelbagai pihak terutamanya dari Jabatan Bomba dan Penyelamat turut bertungkus-lumus dalam membantu menyelamatkan mangsa yang ada di tempat kejadian.

Antara ‘hero’ dalam misi menyelamat ini adalah seekor anjing pengesan yang diberi nama Frangki.

BACA JUGA: [Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd