Now Reading
Kanak-kanak Maut Dalam Mesin Basuh Disyaki Terjatuh Semasa Panjat – PDRM

Kanak-kanak Maut Dalam Mesin Basuh Disyaki Terjatuh Semasa Panjat – PDRM

Faris Mikail yang dijumpai oleh neneknya dipercayai terjatuh selepas memanjat mesin basuh muatan 12 kilogram ketika ia sedang beroperasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 16 Oktober lalu, satu insiden mengejutkan berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki dijumpai maut dalam mesin basuh di sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata kanak-kanak bernama Faris Mikail Muhamad Faez yang juga penghidap autisme dipercayai terjatuh selepas memanjat ke dalam mesin berkenaan ketika ia sedang beroperasi.

Menurut beliau, budak tersebut ditemui oleh neneknya sendiri dalam mesin basuh muatan 12 kilogram (kg) itu.


Ada Kesan Lebam Pada Kepala Mangsa

Siasatan lanjut juga mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian kiri kepala mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri itu.

“Boleh jadi mangsa terjatuh ke dalam mesin semasa ia beroperasi. Semasa kejadian terdapat pakaian sedang dicuci dalam mesin jenis pintu atas itu, namun sewaktu kanak-kanak berkenaan dijumpai neneknya mesin basuh berkenaan sudah berhenti beroperasi,” tambah beliau.


Ahli Keluarga Sedang Tidur Hingga Tak Sedar Budak Lelaki Dalam Mesin Basuh

Yahaya berkata, ahli keluarga mangsa yang lain sedang tidur kecuali si nenek ketika kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi berkenaan.

Menurut sumber Free Malaysia Today, jenazah kanak-kanak terbabit telahpun selamat dikebumikan di Johor semalam (17 Oktober).

Terdahulu, insiden kanak-kanak meninggal dalam mesin basuh dilaporkan berlaku dalam rumah mangsa di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, Ipoh, Perak.

Mayat mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB dan keputusan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada kepala akibat objek tumpul.

Susulan itu, kes kini disiasat di bawah Seskyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Pihak polis dalam masa sama menyeru orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga agar tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing ditinggalkan tanpa pengawasan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Facebook Polis Daerah Ipoh

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak 6 Tahun Ditemui Maut Dalam Mesin Basuh

Baca Artikel Berkaitan: “Syurga Buatmu, Dik” – Budak 8 Tahun Maut Dihempap Dinding Ketika Berwuduk

Baca Artikel Berkaitan: Kepala Kanak-kanak 3 Tahun Disepit Antara 2 Pokok Sebelum Dibunuh Dengan Kejam Di Lahad Datu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd