Now Reading
Kes Bunuh Zayn Rayyan: MCPF Tawar RM20,000 Bantu Polis Berkas Suspek

Kes Bunuh Zayn Rayyan: MCPF Tawar RM20,000 Bantu Polis Berkas Suspek

Ganjaran RM20,000 yang akan diberikan kepada pihak terlibat merupakan satu inisiatif Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bagi membantu polis menjejaki suspek bunuh Zayn Rayyan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin apabila ditemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan kawasan kediamannya, Apartment Idaman, Damansara Damai.

Hasil siasatan dan bedah siasat dijalankan mendapati kanak-kanak berusia enam tahun itu sebenarnya telah mati dibunuh selepas menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh badannya.

Namun sehingga kini, pihak polis masih dalam usaha untuk mencari petunjuk baru tentang pelaku agar Zayn Rayyan mendapatkan keadilannya.

Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui, Terdapat Kesan Luka Cuba Pertahankan Diri


Ganjaran RM20,000 Bagi Pihak Yang Bantu Tangkap Pembunuh Zayn Rayyan

Hari ini (6 Februari), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran sejumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga suspek bunuh Zayn Rayyan diberkas.

Menurut Timbalan Pengerusi MCPF Selangor Datuk Seri A Thaiveegan, pemberian ganjaran tersebut adalah menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor.

“MCPF Negeri Selangor bersedia menawarkan ganjaran sebanyak RM20,000 kepada sesiapa yang boleh membantu memberikan maklumat kepada Polis Selangor untuk menangkap suspek sehingga berjaya dituduh dengan jayanya.

“Ini adalah inisiatif pihak MCPF Selangor dalam usaha membantu PDRM menyelesaikan kes pembunuhan Zayn Rayyan. Kenyataan ini sudah dipersetujui oleh Pengerusi MCPF Selangor, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah,” kata beliau.


Polis Tidak Jumpa Petanda Kukuh Tentang Identiti Suspek

Berbicara mengenai perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak autistik tersebut, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pihaknya tidak jumpa petanda kukuh tentang identiti suspek terbabit.

Itu kesulitan yang dialami oleh pihak polis. Dengan kata lain kita tidak jumpa satu keterangan fizikal atau verbal yang boleh menjurus ke arah satu individu yang melakukan perbuatan ini walaupun kita sudah cuba macam-macam usaha dari awal Disember sehingga kini. Dua bulan lebih kita berada di tempat itu menyiasat dan juga tempat lain yang difikirkan wajar.

Hussein Omar Khan.

Tambah beliau, usaha menangkap suspek masih belum berjaya walaupun sudah menggunakan bantuan teknikal.

Sumber: Malay Mail

1,613 Unit Rumah Diperiksa

Buat masa ini, Polis Kontinjen Selangor terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dibantu pasukan-pasukan Bukit Aman sedang melakukan pemeriksaan melibatkan 1,613 unit rumah.

Dengan lebih terperinci, polis sudah memeriksa 5,786 individu, 216 buah kenderaan, tangkapan ke atas 17 individu dan 243 kenyataan telah diambil.

Sumber: Edge Prop

“Rakaman dari 15 kamera litar tertutup (CCTV) diperiksa, barang kes dipungut di tempat kejadian dan pelbagai tempat sebanyak 168 item.

“Sebanyak 262 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dari individu, manakala pemeriksaan forensik ke atas 42 rumah,” ulas Hussein Omar.

Difahamkan, PDRM menggunakan khidmat lapan ekor anjing pengesan unit K9 iaitu sebanyak enam kali sepanjang operasi menjejak suspek. Manakala pihak bomba, jabatan perhutanan serta jabatan parit dan saliran turut memberikan kerjasama.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd