Now Reading
Laporan Qatar Bakal Henti Eksport Gas Dunia Jika Gaza Terus Diserang Adalah Palsu

Laporan Qatar Bakal Henti Eksport Gas Dunia Jika Gaza Terus Diserang Adalah Palsu

Dakwaan tentang kerajaan Qatar yang mahu menangguhkan aktiviti eksport gas dunia akibat serangan di Palestin adalah dakwaan palsu dimuat naik di laman X (Twitter @Qattar_Affairs).

israel palestin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular di laman X (Twitter @RoyalIntel_) dakwaan yang mengatakan kerajaan Qatar akan mengancam untuk menangguhkan aktiviti mengeksport gas ke seluruh dunia jika serangan ke atas Gaza tidak dihentikan.

Walau bagaimanapun, ciapan tersebut tidak disokong oleh fakta dari pihak berkuasa Qatar.

Malah, dakwaan berkenaan turut dimuat naik di laman X (Twitter @Qattar_Affairs) sebelum dikongsikan beberapa portal berita.

Terbaharu, laporan dari laman Doha News mendedahkan ciapan berkenaan adalah berita palsu.

Memetik sumber dari Check Your Fact, laman X (Twitter @Qattar_Affairs) isu itu pernah dinafikan oleh seorang profesor bernama Marc Owen Jones di Universiti Hamad bin Khalifa pada tahun 2021.

Jelasnya, ia seolah-olah cubaan untuk mewujudkan gambaran negatif terhadap Qatar.

Bukan itu sahaja, akaun terbabit juga dicipta untuk melaporkan berita tidak benar kononnya ia dari kerajaan Qatar.

Sebelum ini, akaun X (Twitter) dengan nama yang sama iaitu @Qatar_Affairs telah dipadam pada tahun 2017 dan pihak Doha News mendakwa kedua-dua akaun itu dipercayai dikaitkan dengan negara Emiriah Arab Bersatu.

Hasil carian kami, akaun X (Twitter @Qattar_Affairs) juga telah dipadam dari platform berkenaan.

israel palestin
Sumber: X (Twitter)

Konflik Palestin-Israel Yang Sedang Berlaku

Pergolakan antara Palestin dan Israel semakin keruh apabila serangan roket secara mengejut dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke arah Israel pada Sabtu lalu (7 Oktober) sekitar jam 7:00 pagi waktu tempatan.

Serangan besar-besaran itu dilakukan ketika masyarakat Israel beragama Yahudi sedang menyambut perayaan Simchat Torah.

Malah, Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah iaitu Ghassan Alyan memaklumkan bahawa pihak mereka akan menutup sepenuhnya Tebing Barat, termasuk lintasan Gaza selama dua hari ketika sambutan perayaan berkenaan.

Penutupan itu merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang dari sebulan melibatkan cuti Tahun Baru Yahudi (18 September) dan cuti Sukkot (29 September).

Sumber: Anadolu Ajansi

Selain serangan roket, pejuang Palestin turut memasuki selatan Israel melalui darat dan udara serta berjaya menawan pos tentera Israel di bawah kepungan selama berjam-jam.

Komander pejuang Hamas, Mohammed Deif pada permulaan serangan telah menggesa rakyat Palestin dan masyarakat Arab yang lain untuk menyertai mereka bagi menghalau penduduk haram Israel.

Susulan serangan yang berlaku, Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant menyifatkan tindakan Hamas sebagai satu kesilapan besar dan mengisytiharkan perang terhadap Hamas di Palestin pada Ahad lalu (8 Oktober).

Setakat ini, peperangan tersebut telah mengakibatkan 1,354 mangsa terkorban di Palestin dan 1,300 orang terbunuh di Israel.

Angka korban dijangka akan terus meningkat.

Artikel Berkaitan: Kempen #IsraelCuak Tanda Sokongan Rakyat Malaysia Terhadap Palestin

Artikel Berkaitan: Pertempuran Di Palestin Cetus Pelbagai Reaksi Pemimpin Dunia

Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd