Now Reading
“Risau Pembeli Tak Selesa” – Warga Emas Dibiarkan Dengan Tilam Penuh Najis Di Pasar

“Risau Pembeli Tak Selesa” – Warga Emas Dibiarkan Dengan Tilam Penuh Najis Di Pasar

Tilam nipis yang ditinggalkan bersama seorang warga emas di Pasar Wakaf Che Yeh telah dipenuhi najis selepas lebih dua minggu terbiar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes pengabaian warga emas sememangnya sudah menjadi isu yang biasa berlaku di Malaysia.

Jika anda pergi ke kawasan awam, pasti boleh dilihat ramai orang tua yang terbiar tanpa tempat tinggal dan penjagaan yang rapi.

Hal ini boleh terjadi disebabkan faktor anak yang terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga tiada masa untuk menjaga orang tua mereka.


Lebih 2 Minggu Ditinggalkan Di Pasar, Tilam Warga Emas Dipenuhi Najis

Seperti baru-baru ini, seorang warga emas telah dilaporkan terbiar di kawasan Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan sejak lebih dua minggu yang lalu.

Menurut kenyataan salah seorang peniaga pasar Hasawadi Ramli, 45, individu tersebut telah dibiarkan terlantar di atas tilam di kawasan tersebut.

Difahamkan, warga emas berumur sekitar 60-an telah ditinggalkan berseorangan dengan tilam nipis yang menjadi alas kepadanya untuk beristirehat dan tidur.

Namun, lebih memilukan apabila tilam kepada lelaki yang dikatakan tidak boleh bergerak ini telah dipenuhi dengan najis selepas lama ditinggalkan.

Sumber: NSTP Via Buletin

Tambah Hasawadi yang menjual barangan pakaian serta beg, peniaga lain hanya mampu menghulurkan bantuan makanan dan tidak dapat mengambil tindakan lain kerana mereka tidak mengenalinya.

“Perkara ini membuatkan pembeli pasar tidak selesa kerana bau kurang menyenangkan. Cuti sekolah juga sudah bermula jadi kunjungan orang ramai ke pasar akan bertambah berbanding sebelum ini,” tambahnya.

Susulan itu, peniaga berkenaan telahpun mengemukakan aduan kepada beberapa pihak berkuasa namun masih tiada tindakan yang diambil.


Hubungi JKM Sekiranya Terlihat Warga Emas Diabaikan

Bagi menangani masalah pengabaian orang tua, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) menerusi inisiatif Rumah Seri Kenangan telah ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada warga emas yang terbiar dan tidak mempunyai waris.

Permohonan kemasukan ke Rumah Seri Kenangan boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Kelulusan permohonan tersebut kemudian akan diproses oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.  

Antara syarat kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti: 

  • Berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Tidak menghidap sebarang penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal tetap.
  • Tiada sumber pendapatan.
  • Tidak mempunyai waris terdekat.

Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Didakwa Curi Kad Debit Warga Emas, Siap Beli iPhone 13 Pro Max

Baca Artikel Berkaitan: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas

Baca Artikel Berkaitan: PRU15: Tak Pernah Ponteng Mengundi, Kisah 2 Warga Emas 94 & 98 Tahun Ini Cetus Inspirasi

Sumber: Buletin TV3 | JKM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd