Now Reading
Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas

Warga emas memerlukan sumber makanan yang boleh memberikan tenaga kepada tubuh badan sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas (10)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan pastinya memberi cabaran kepada penganut agama Islam dari segi mental dan fizikal, lebih-lebih lagi ketika cuaca sedang panas terik.

Sepanjang satu bulan berpuasa, pengambilan makanan yang berkhasiat adalah sangat penting bagi memastikan golongan berpuasa kekal bertenaga dan boleh melakukan rutin seharian dengan lancar.

Antara makanan yang boleh memberikan tenaga sepanjang berpuasa adalah seperti kurma, buah tin, buah delima, anggur dan sebagainya.

BACA JUGA: Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

BACA JUGA: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!


Menu Sahur Yang Memberi Tenaga Kepada Warga Emas Sepanjang Bulan Ramadan

Selain mendapat keberkatan dan menjadi amalan mulia yang sangat digalakkan dalam agama Islam, ibadah sahur sangat penting bagi memastikan seseorang itu mendapat tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.

Tidak dinafikan, daya tenaga seseorang akan mula berkurang mengikut usia mereka. Semakin meningkat umur seseorang, semakin kurang tenaga mereka.

Oleh itu, pentingnya untuk warga emas mengambil hidangan berkhasiat ketika sahur bagi memastikan tenaga mereka kekal sepanjang sebulan menjalani ibadah berpuasa.

Antara menu sahur yang terbaik untuk warga emas adalah seperti:

1. Menu Sahur Warga Emas: Buah Kurma

Sumber: Kompas Health

Buah kurma adalah salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad SAW yang sangat digalakkan untuk dimakan ketika bulan Ramadan kerana buah ini mempunyai Indeks Glisemik (IG) yang rendah.

GI yang rendah bermaksud gula semula jadi di dalam buah itu tidak menjejaskan bacaan gula darah dalam tubuh badan serta selamat untuk seseorang yang menghidap diabetes.

Antara khasiat lain terkandung dalam buah kurma adalah seperti:

  • Serat dan Vitamin B6: Membuatkan anda tidak mudah lapar dan berasa kenyang untuk tempoh masa yang berpanjangan.
  • Kalium: Kandungan elektrolit di dalam tubuh badan boleh diseimbangkan secara perlahan dan dapat mengelakkan anda daripada dehidrasi.
  • Fruktosa dan glukosa: Memberi tenaga dengan kadar yang segera.

BACA JUGA: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

2. Menu Sahur Warga Emas: Air Putih

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: Neuroversiti

Pengambilan air putih ketika berpuasa adalah sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda tidak mengalami kekurangan air.

Mungkin ada yang terfikir, lagi banyak minum air lagi bagus. Tetapi tidak sebenarnya kerana air yang diminum secara berlebihan boleh menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil dan badan akan cepat mengalami dehidrasi.

Seeloknya, minum air dengan kadar 2-4-2 iaitu:

  • Dua gelas air selepas iftar.
  • Empat gelas air pada waktu malam sebelum tidur.
  • Dua gelas air ketika sahur.

3. Menu Sahur Warga Emas: Buah-buahan

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: Unlock Food

Umum sedia maklum, buah-buahan mengandungi kandungan nutrisi yang sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga kepada tubuh badan sepanjang berpuasa bulan Ramadan.

Antara buah-buahan yang digalakkan adalah seperti:

  • Pisang
    • Mengandungi Potasium yang berguna untuk pengawalan darah tinggi dengan cara mengurangkan kadar Natrium dalam tubuh badan yang menjadi punca kepada tekanan darah.
  • Betik
    • Mengandungi antioksidan seperti Vitamin A, C, dan E bagi membantu mengelakkan kolesterol tinggi.
  • Tembikai
    • Membantu dalam mengekalkan badan dalam keadaan hidrasi.

4. Menu Sahur Warga Emas: Beras Perang

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: Vitdaily

Kalau anda nak makan nasi pun tiada masalah, tapi kalau nak lebih berkhasiat boleh gantikan beras putih dengan beras perang.

Apa yang membuatkan beras perang lebih berkhasiat berbanding beras putih biasa yang kita selalu makan adalah kerana ia mempunyai lapisan kernel mengandungi nilai nutrisi berharga seperti serat, vitamin dan mineral.

Beras perang juga bermanfaat dari segi mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan diabetes.

5. Menu Sahur Warga Emas: Oat

Sumber: Healthline

Oat adalah makanan yang mengandungi tinggi serat larut (beta glucan) yang berfungsi untuk memanjangkan proses penghadaman makanan dan membantu seseorang dari cepat berasa lesu akibat berasa lapar.

Kandungan serat larut juga mengurangkan kolesterol yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung.

BACA JUGA: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu

Ada banyak jenis oat yang dijual di pasaran seperti:

  • Oat groats
  • Oat potongan keluli
  • Gandung gulung
  • Oat segera

Antara hidangan oat yang popular dibuat untuk menu sahur adalah ‘overnight oat’ yang dicampur dengan biskut granola, buah-buahan, susu dan yogurt.

6. Menu Sahur Warga Emas: Avokado

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: America Heart Association

Avokado dikategorikan sebagai asid lemak mono tak tepu yang mengandungi nutrisi beta-sitosterol berguna untuk merendahkan kandungan kolesterol buruk.

Selain itu, buah avokado juga membantu untuk membekalkan tenaga dan membuatkan seseorang berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

7. Menu Sahur Warga Emas: Barli

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: Root of Science

Selain oat, barli adalah antara menu yang mengandungi tinggi sumber beta glucan yang membantu dalam mengawal dan menahan lapar.

Selain itu, barli juga dapat mencegah masalah sembelit akibat kekurangan air daripada berpuasa pada siang hari.

Ada macam-macam cara untuk anda menikmati barli ini sama ada dengan menjadikannya sebagai minuman dan tambahan dalam salad atau gantian oat.

8. Menu Sahur Warga Emas: Yogurt Greek

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: Medical News Today

Yogurt Greek ini mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding jenis yogurt yang lain. Ini kerana yogurt Greek mengandungi bakteria baik yang boleh melawan bakteria jahat dalam usus.

Malah, tekstur yogurt Greek ini juga lebih pekat dan tinggi kandungan protein tetapi kurang gula dan sodium.

Kalau tak nak rasa muak, boleh tambah buah-buahan, granola, kekacangan dan sebagainya.

9. Menu Sahur Warga Emas: Susu

Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Sumber: Medical News Today

Boleh dikatakan ramai golongan warga emas yang akan mengalami masalah tulang seiring dengan usia mereka yang semakin meningkat dewasa.

Oleh itu, mereka memerlukan nutrien kalsium yang banyak untuk menguatkan tulang dan juga gigi.

Sama seperti telur, susu juga mempunyai tinggi kandungan protein kerana mengandungi sembilan asid amino. Selain memberi tenaga kepada tubuh badan, susu juga boleh menjadi sumber minuman yang menghalang daripada berlakunya dehidrasi.


Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih baik dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan.

BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

BACA JUGA: Hamil Anak Kembar, Alahan Teruk & 5 Lagi Jenis Ibu Mengandung Yang Perlu Elak Puasa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd