Suami Isteri Didakwa Curi Kad Debit Warga Emas, Siap Beli iPhone 13 Pro Max
Rakaman CCTV menunjukkan pasangan suami isteri itu menggunakan kad debit yang dicuri untuk membeli iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Klang, Selangor.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sejak belakangan ini, pelbagai teknik licik yang digunakan oleh perompak untuk mencuri wang.
Ada yang menggunakan taktik penipuan dengan mencipta pautan dan barangan palsu serta menggunakan nama pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat panggilan.
BACA JUGA: Scammer Guna Taktik Video Call Mangsa Waktu Buat Benda Tak Senonoh, Screenshot & Ugut Untuk Sebarkan
BACA JUGA: Pelajar Kena Scam Di Petaling Street, Terpaksa Bayar RM1,575 Untuk ‘Screen Protector’
Walau bagaimanapun, tidak semua penjenayah boleh melarikan diri lebih-lebih lagi jika mereka tidak ‘menutup jejak’ dengan baik.
Kad Debit Warga Emas Dicuri Oleh Pasangan Suami Isteri Di Banting, Selangor
Baru-baru ini, kad debit milik seorang warga emas telah dicuri pada Sabtu lalu (25 Mac) dan dia tidak menyedari perkara itu sehinggalah sudah melibatkan transaksi puluhan ribu ringgit.
Menerusi kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (@paizmuhdd), dia menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada mangsa berusia 62 tahun itu.

Berdasarkan laporan polis, insiden kecurian kad debit itu berlaku pada 25 Mac sekitar jam 10 pagi di Bank Rakyat cawangan Banting ketika mangsa ingin mengeluarkan wang dari akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya.
Namun, kad BSN itu tiba-tiba tersangkut di dalam mesin ATM. Lelaki di belakangnya kemudian menawarkan ‘bantuan’ bagi mendapatkan semula kad yang tersekat.
Di sebalik ‘pertolongan’ itu, warga emas tersebut tidak menyedari bahawa lelaki yang ingin membantunya telah menukar kad asal dengan kad palsu yang kelihatan serupa.
Dengan menggunakan kad palsu itu, mangsa cuba mengeluarkan wangnya dari beberapa bank tetapi tidak berjaya. Dua hari berikutnya, warga emas berkenaan kembali semula ke BSN Banting untuk memeriksa perkara yang berlaku.
Nasib tidak menyebelahinya apabila pegawai bank memberitahu bahawa kesemua wangnya berjumlah RM46,000 telah lesap. Difahamkan beberapa transaksi telah dilakukan dari 25 sehingga 27 Mac 2023.
Dengan menggunakan bantuan anak mangsa, mereka juga mengesan transaksi atas talian dari akaun perbankan bernilai RM3,700.
Perompak Guna Kad Debit Yang Dicuri Untuk Membeli iPhone 13 Pro Max Di Klang
Bukan itu sahaja, perompak tersebut juga menggunakan kad debit berkenaan untuk membeli iPhone 13 Pro Max di sebuah kedai telekomunikasi di Klang, Selangor.
Mangsa memfailkan laporan polis pada 27 Mac dan 28 Mac serta meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada bank terdahulu serta kedai telekomunikasi terbabit.
Rakaman CCTV menunjukkan pasangan suami isteri itu bersama anak kecilnya dengan teruja membayar iPhone 13 Pro Max.
Mangsa mengesyaki lelaki itu adalah orang yang sama yang kononnya membantu ketika di Bank Rakyat beberapa hari lepas.
Dia juga mengesyaki suspek menukar kadnya dengan kad lain dan membuat pembelian dalam tempoh tiga hari menggunakan kad miliknya.
Duit hilang di Bank Simpanan Nasional
— Paiz (@paizmuhdd) March 28, 2023
Jumlah keseluruhan transaksi haram bernilai RM 46,000 dengan 3 hari transaksi bermula 25,26 & 27 March 2023 sebanyak 23 transaksi dan salah satunya transaksi dibuat membeli telefon Iphone 13 pro max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar. pic.twitter.com/9u9yhWYPcb
Netizen Dakwa Taktik Itu Adalah Cara Lama Yang Sering Dilakukan Oleh Perompak
Perkongsian kisah rompakan itu mendapat perhatian ramai netizen di media sosial dan ramai menyatakan bahawa taktik itu merupakan strategi lama yang sering digunakan oleh perompak.
Taktiknya bermula dengan merosakkan bahagian pembaca kad mesin ATM dan apabila kad mangsa tersekat di dalamnya, mereka akan cuba memberi bantuan serta menukarkan kad tanpa mangsa menyedarinya.
Teknik ni teknik lama, si penjenayah rosakkan bahagian scan untuk kad. Kemudian apabila mangsa try nak cucuk duit tp gagal,si penjenayah plak akan dtg konon hulur bantuan, dlm masa yg sama dia "swipe" kad mangsa dengan kad bank yg serupa dgn kad bank mangsa,(biasanya dia dh…
— TABUNG EMAS | Public Gold (@Alnelldo_PG) March 29, 2023
Perompak akan menyediakan banyak kad palsu dan mengintip kod pin semasa mangsa ingin mengeluarkan duit di mesin ATM. Cara lain adalah dengan mereka meminta nombor kod pin ketika berpura-pura ingin membantu mangsa yang mempunyai masalah kad tersekat.
Walau bagaimanapun, mangsa yang sering menjadi ‘target’ perompak adalah warga emas kerana menganggap bahawa golongan ini mempunyai wang yang banyak dan tidak mempunyai perbankan online.
Tektik lama ni..letak sesuatu macam pin baju kat reader atm..nak cucuk x lepas2..jadi pura2 tolong..mintak pin no..cabut pin ATM dan cucuk kad mangsa keluar duit..lepas tu swap kad..kad lain beri mangsa…tu dia caranya..aku guna QR keluar duit di ATM Maybank.. selamat
— WakSab@pakar repaired laptop🇲🇾🇵🇸 (@waksab) March 29, 2023
Pengajaran daripada kes ini adalah kita perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling ketika menggunakan mesin ATM. Anda juga dinasihati untuk menemani warga emas ketika mereka ke bank supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.
BACA JUGA: Duit Dalam Bank Kena Curi Dengan Scammer? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula
BACA JUGA: Ini 5 Tips Penting Lindungi Diri & Keluarga Daripada Scammer. Penting Ya!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.