Now Reading
KPDN Perkenal Pakej RAHMAH Insurans Serendah RM5 Sebulan

KPDN Perkenal Pakej RAHMAH Insurans Serendah RM5 Sebulan

Pakej Insurans RAHMAH ini ditawarkan oleh dua syarikat takaful terkemuka iaitu Allianz Malaysia dan Etiqa.

KPDN Perkenal Insurans RAHMAH Serendah RM5 Sebulan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Inisiatif Payung RAHMAH yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merupakan inisiatif yang diwujudkan bagi mengurangkan beban hidup rakyat Malaysia.

Payung RAHMAH ini mendapat sambutan positif dari penggiat industri melalui program seperti Jualan RAHMAH, Bakul RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH .

Antara yang mendapat reaksi menggalakkan dari masyarakat adalah tawaran Menu RAHMAH dalam penjualan hidangan makanan dan minuman di restoran terlibat termasuklah KFC serta Pizza Hut.

Selain itu, pakej Cermin Mata RAHMAH serendah RM50 juga telah diperkenalkan dengan kerjasama MOG Eyewear.

BACA JUGA: Inisiatif Payung RAHMAH Diperluas Ke Pakej Cermin Mata Serendah RM50

BACA JUGA: KFC & Pizza Hut Kini Tawar Menu RAHMAH Dengan RM5 Sahaja!


Pakej RAHMAH Insurans Serendah RM5 Sebulan

Terbaharu, KPDN menawarkan satu lagi pakej RAHMAH kepada orang ramai iaitu perlindungan insurans serendah RM5 sebulan atau RM36 termasuk cukai jualan.

Memetik laporan Utusan, menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pakej tersebut ditawarkan oleh dua syarikat takaful terkemuka iaitu Allianz Malaysia dan Etiqa.

Sumber: Rnggt

Allianz Malaysia memperkenalkan Insurans PerlindunganKu Allianz4All dengan perlindungan peribadi sehingga RM50,000 dan manfaat baharu berserta kos tambahan premium tahunan pada kadar RM53.00 dan RM79.50.

Inisiatif Pakej RAHMAH Insurans oleh Allianz General memperkenalkan Insurans PerlindunganKu Allianz4All dengan pemberian dua manfaat baharu iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pakej RAHMAH Insurans ini boleh dimohon oleh semua rakyat Malaysia berusia 16 sehingga 65 tahun dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.

Pakej RAHMAH Takaful oleh Etiqa pula menawarkan perlindungan serta pampasan kepada pemegang polisi yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan, penyakit atau kematian sehingga RM80,000.

KPDN berharap agar lebih banyak syarikat tampil menyertai inisiatif ini dan menawarkan pakej perlindungan kepada masyarakat dengan tawaran berpatutan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd