Now Reading
MTA Umum Industri Takaful Bayar RM8.74 Bilion Tuntutan Perlindungan Takaful Pada 2023

MTA Umum Industri Takaful Bayar RM8.74 Bilion Tuntutan Perlindungan Takaful Pada 2023

Takaful Keluarga dan Takaful Am masing-masing membayar RM6.79 bilion dan RM1.95 bilion pada tahun 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (26 Mac), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mengumumkan bahawa pengendali takaful telah membayar tuntutan perlindungan Takaful berjumlah RM8.74 bilion pada tahun 2023 bagi menyokong rakyat pada masa mereka memerlukan.

Pengendali Takaful Keluarga telah membayar sebanyak RM6.79 bilion bagi menggariskan komitmen mereka untuk melindungi keluarga di seluruh negara.

Pengendali Takaful Am pula telah mengeluarkan jumlah tuntutan sebanyak RM1.95 bilion di mana peningkatan pembayaran sebanyak 24.40% ini menunjukkan kepekaan industri takaful terhadap keperluan pemegang sijil dan berdedikasi untuk meringankan beban rakyat pada kadar segera.

Pembayaran ini disokong oleh sumbangan kasar perniagaan berkuat kuasa Takaful Keluarga yang meningkat sebanyak 7.55% kepada RM8.97 bilion berbanding RM8.34 bilion pada tahun 2022.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Manfaat Takaful Semakin Mendapat Sambutan Orang Ramai

Sepanjang tahun 2023, pengendali Takaful Keluarga menambah 1.13 juta sijil baharu dengan caruman kasar sebanyak RM9.59 bilion tetapi tidak dapat mencapai 1.31 juta sijil baharu dan caruman kasar RM10.06 bilion seperti yang didaftarkan pada tahun 2022.

Walaupun jumlahnya lebih rendah sedikit berbanding tahun sebelumnya, ia masih memberi kesedaran dan kepercayaan yang berterusan terhadap perlindungan takaful dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi MTA, Encik Elmie Aman Najas berkata, “Kepentingan dan manfaat takaful semakin mendapat sambutan seperti yang dibuktikan oleh bilangan sijil berkuat kuasa yang konsisten berikutan tahun yang kukuh untuk sijil baharu pada tahun sebelumnya.

Pengerusi MTA Encik Elmie Aman Najas. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

“Ini menandakan bahawa peserta Takaful terus memenuhi kewajipan dalam memberi sumbangan mereka, mempunyai kesedaran yang berterusan terhadap perancangan kewangan serta pengekalan di kalangan pemegang peserta Takaful.

“Kadar penembusan Takaful Keluarga pada tahun 2023 kekal stabil pada 19.58%, walaupun populasi mencatat pertumbuhan tertinggi 10 tahun dengan peningkatan sebanyak 678,500 orang mengatasi pertumbuhan tahun 2022,” kata beliau.


Takaful Untuk Kenderaan Turut Menunjukkan Peningkatan

Prestasi teguh takaful kenderaan yang berkembang sebanyak 18.70% kepada RM3.64 bilion membantu kepada peningkatan sumbangan dan kekal sebagai pemacu utama Takaful Am.

Prestasi ini sejajar dengan 799,731 kenderaan bermotor baharu yang dijual pada tahun tersebut yang didorong oleh kempen promosi dan pelancaran model baharu.

Peningkatan kesedaran dan penghargaan terhadap produk takaful serta kemudahan pembelian melalui platform digital menyebabkan takaful kenderaan telah menyumbang sebanyak 66.94% daripada perniagaan Takaful Am.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pengendali Takaful Am tangkas dalam memperkenalkan produk takaful kenderaan yang inovatif bagi pemilik kenderaan elektrik (EV).

Produk yang direka khusus untuk kenderaan EV telah membantu pengendali, serta menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional yang menyasarkan 20% daripada jumlah kenderaan yang dijual adalah xEV menjelang tahun 2030 dan 50% menjelang tahun 2040.

Bidang perniagaan lain juga mencatat pertumbuhan kukuh akibat pemulihan pasca-pandemik berterusan, khususnya industri berkaitan logistik.

Sumber: Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

Prestasi penerbangan pula meningkat sebanyak 146.04%, mencatatkan RM13.81 juta sumbangan kasar secara langsung (2022: RM5.61 juta), manakala industri kargo meningkat sebanyak 79.09% kepada RM30.85 juta (2022: RM17.24 juta) dan badan kapal laut meningkat sebanyak 45.89% kepada RM15.07 juta.

MTA menjangkakan industri takaful dapat mengekalkan momentum yang stabil pada 2024 selari dengan unjuran pengembangan ekonomi keseluruhan Malaysia.


Pelan Strategik Untuk Tempoh Empat Tahun

Selaras dengan ini, MTA mengumumkan pelan transformasi strategik empat tahunnya untuk meningkatkan dan menginovasikan takaful menjadi nama yang dikenali di Malaysia dan mengilhamkan pemegang polisi generasi baharu.

Dikenali sebagai Hijrah27, pelan transformasi strategik ini merangkumi perubahan dengan tujuan serta menyepadukan misi MTA dengan matlamat visi Rangka Kerja Sektor Kewangan 2026 dan kerangka Intermediasi Berasaskan Nilai untuk industri.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hijrah27 adalah sambungan daripada Pelan Reformasi MTA yang berjaya dilaksanakan pada 2022-2023 yang dikenali sebagai ISLAH 23 yang akan memacu industri Islam secara keseluruhan bagi memajukan takaful.

Walaupun Hijrah27 masih dalam proses penyelesaian, MTA merancang Hijrah27 ini akan memberikan dorongan dan seterusnya mengekalkan momentum pertumbuhan takaful dan menjadikannya pemimpin di Malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd