Now Reading
Kerajaan Bersedia Isytihar Darurat Cuaca Panas Di Malaysia Jika Suhu Melampau

Kerajaan Bersedia Isytihar Darurat Cuaca Panas Di Malaysia Jika Suhu Melampau

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi memaklumkan pihak kerajaan hanya akan mengisytiharkan darurat cuaca panas jika Malaysia mencecah suhu sehingga 40 darjah Celsius.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sejak belakangan ini, Malaysia mencatatkan suhu agak tinggi di seluruh negara sehingga memecah rekod gelombang haba pada tahun-tahun sebelumnya.

Menjawab isu ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata kerajaan bersedia untuk mengisytiharkan darurat berikutan cuaca panas. Walau bagaimanapun, keputusan masih belum dibuat sehingga kini.

Menurut laporan MalayMail, Zahid memaklumkan kerajaan akan mempertimbangkan semula keputusan ini hanya jika suhu di Malaysia mencecah 40 darjah Celsius.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Sumber: Freepik

Tambah beliau lagi, aktiviti pembenihan awan juga sedang dijalankan dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Alam Sekitar.

Pembenihan awan dilakukan serta-merta bersama TUDM dan Jabatan Alam Sekitar di beberapa kawasan empangan dan kita akan menumpukan tujuh kawasan di mana paras air dijangka berkurangan dan menjejaskan bekalan air. Tujuh kawasan tersebut adalh Sungai Muda, Sungai Kedah, Sungai Melaka, Sungai Kelantan, Sungai Klang, Sungai Bernam dan Sungai Similajau di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 di lapan kawasan seluruh negara.

Kawasan yang terlibat adalah:

  • Padang Terap, Kedah
  • Pekan, Pahang
  • Bera, Pahang
  • Rompin, Pahang
  • Segamat, Johor
  • Muar, Johor
  • Pasir Mas, Kelantan
  • Kuala Krai, Kelantan

Malaysia Pernah Ada ‘Kuala London’ Dengan Cuaca Sejuk

Pada tahun 2018, bandar kecil di Kuala Krai, Kelantan pernah mencatatkan suhu serendah 16 darjah Celcius.

Perkara ini berikutan angin sejuk dari Tanah Besar China sewaktu fasa Monsun Timur Laut.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan Rabiah Al Adawiyah Zakaria berkata Februari juga merupakan tempoh suhu minimum harian terendah dicatatkan.

Keadaan suhu sejuk ini turut berlaku di beberapa lokasi lain seperti Kerteh di Terengganu yang turut mencatatkan penurunan suhu minimum harian. Bagaimanapun, tiupan angin terbabit tidak menyebabkan hujan lebat. Cuaca sejuk ini berlaku dengan suhu terendah iaitu 18.4 darjah Celsius dari jam enam hingga lapan pagi dan akan bertukar kepada suhu maksimum pada sebelah petang mencecah 32.7 darjah Celsius.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan Rabiah Al Adawiyah Zakaria.

BACA JUGA: KPM Arah Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah, Elak Strok Haba Dalam Kalangan Murid & Guru

BACA JUGA: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

BACA JUGA: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd