Now Reading
[Video] Kaki Wanita Warga Emas Cedera Parah Selepas Dilanggar Forklift Di Pulau Pinang

[Video] Kaki Wanita Warga Emas Cedera Parah Selepas Dilanggar Forklift Di Pulau Pinang

Wanita warga emas berusia 75 tahun yang dipercayai bekerja di bahagian pembersihan telah dilanggar oleh sebuah forklift di Kompleks MASKargo, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

[Video] Wanita Warga Emas Hilang 2 Belah Kaki Selepas Dilanggar Forklift Di Pulau Pinang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pepatah ‘malang tidak berbau’ menggambarkan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Baru-baru ini, seorang wanita warga emas berusia 75 tahun berdepan detik cemas apabila dia terlibat dalam satu kemalangan di Kompleks MASKargo, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam (27 Februari).

Memetik laporan Berita Harian, wanita dikenali sebagai Jami @ Jumi Shariff telah dilanggar oleh sebuah trak angkat susun (forklift) sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya mengalami kecederaan parah.

Dalam video yang dimuat naik semula oleh seorang wartawan di laman Twitter miliknya (@redzuanNewsMPB), wanita berkenaan dilihat sedang berjalan di kawasan kargo sebelum dilanggar oleh sebuah forklift.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya Leftenan (PA) Noor Azizan Zakaria berkata empat anggota telah digegaskan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 12:16 tengah hari.

Anggota yang tiba di lokasi segera memberi rawatan awal dengan membalut kaki mangsa dan memasang alat sokongan.

Ketika rawatan diberikan, mangsa berada dalam keadaan sedar. Warga emas itu yang sudah berada dalam keadaan stabil dibawa pul ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya Leftenan (PA) Noor Azizan Zakaria.

Suami Reda Kaki Kanan Isteri Dipotong Selepas Digilis Forklift

Suami mangsa, Marzuki Omar berusia 68 tahun terpaksa reda apabila doktor memaklumkan kaki kanan isterinya terpaksa dipotong sehingga paras betis akibat kecederaan parah yang berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa sudah menjalani pembedahan pada kaki kanan di Hospital Pulau Pinang pada malam semalam (27 Februari).

Pada masa ini, saya diberitahu bahawa operasi itu hanya membabitkan kaki kanan sahaja dan maklumat lanjut kelak akan diberitahu doktor.

Suami mangsa, Marzuki Omar.
[Video] Wanita Warga Emas Hilang 2 Belah Kaki Selepas Dilanggar Forklift Di Pulau Pinang
Sumber: Berita Harian

Difahamkan, mangsa merupakan seorang pekerja pembersihan di kompleks berkenaan dan tinggal bersama suaminya di Sungai Burung, Balik Pulau manakala anaknya pula tinggal di Kedah.

Sejak saya bersara, memang rutin akan pergi mengambil Jami pulang dari kerja pada jam 12:00 tengah hari. Agak hairan kenapa Jami tidak datang pada hari itu. Kemudian saya ambil keputusan untuk pulang ke rumah sebelum menelefonnya.

Suami mangsa, Marzuki Omar.

Marzuki menceritakan dia mendapat tahu tentang kemalangan yang menimpa isterinya itu menerusi panggilan telefon oleh seorang kakitangan di tempat isterinya bekerja.

Namun saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kakitangan tempat isteri bekerja yang memaklumkan bahawa dia ditimpa kemalangan dan terus bergegas ke hospital.

Suami mangsa, Marzuki Omar.

Kami mendoakan agar mangsa kuat menghadapi dugaan ini dan semoga segala urusan mereka dipermudahkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd