Now Reading
Runtuhan Tapak Pembinaan: 3 Maut, 2 Cedera Parah & 4 Lagi Masih Terperangkap

Runtuhan Tapak Pembinaan: 3 Maut, 2 Cedera Parah & 4 Lagi Masih Terperangkap

Insiden runtuhan bangunan gudang logistik DHL di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang itu melibatkan sembilan pekerja warga asing daripada Bangladesh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (28 November) kira-kira jam 9.45 pm, satu insiden runtuhan bangunan dilaporkan berlaku iaitu pembinaan gudang logistik DHL di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Runtuhan bangunan tersebut melibatkan sembilan mangsa yang merupakan warga Bangladesh.

Mengulas lanjut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang mengesahkan bahawa tiga pekerja maut, dua cedera parah dan empat lagi masih terperangkap dalam runtuhan gudang.

“Setakat ini, kita telah kenal pasti tiga mangsa yang terkorban. Dua orang maut di tempat kejadian dan seorang disahkan meninggal dunia di hospital,” kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.


14 Rasuk Konkrit Hempap 9 Mangsa Ketika Runtuhan Pembinaan Bangunan

Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, dua mangsa yang dilaporkan cedera parah kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Manakala operasi mencari dan menyelamatkan empat lagi mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan.

Siasatan awal kejadian mendapati runtuhan berlaku semasa mangsa sedang bekerja di tingkat bawah bangunan sebelum dihempap 14 rasuk konkrit dari ketinggian kira-kira 20 meter.

“Satu beam (rasuk) sepanjang 12 meter dengan berat 14 tan jatuh telah melanggar rasuk lain dan menimpa mangsa-mangsa yang sedang bekerja di bawah.

“Ketika ini, pihak bomba dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan empat mangsa yang masih terperangkap dengan bantuan kren,” jelas Mohamed Usuf.

Maklumat awal diterima pihak polis adalah seramai 18 orang pekerja sedang bertugas di tapak pembinaan, namun sembilan daripada mereka sempat keluar daripada kawasan itu untuk menunaikan solat.


Pelbagai Agensi & Jabatan Berusaha Keluarkan Mangsa Terperangkap

Tambah beliau, pelbagai agensi dan jabatan dengan lebih 80 pegawai serta anggota sedang berusaha mengeluarkan empat lagi mangsa yang masih tertimbus.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang Zulfahmi Sutaji berkata, mesin jentera berat digunakan bagi mengalihkan rasuk konkrit untuk mengeluarkan empat lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

“Kesukaran yang dihadapi ketika ini kerana ia melibatkan struktur-struktur konkrit yang besar dan berat di kawasan seluas gelanggang bola keranjang.

“Jadi kita memerlukan lebih jentera berat untuk mengalihkan runtuhan dan membersihkan kawasan supaya ia memudahkan anggota penyelamat untuk akses mencari mangsa,” ulas Zulfahmi Sutaji.

Sumber: JBPM/Astro Awani

Unit Pengesan Anjing (K9) Akan Dipanggil Jika Diperlukan

Dalam pada itu, Unit Pengesan Anjing (K9) juga akan dipanggil sekiranya diperlukan bagi mengesan mangsa tertimbus.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

Untuk info, pembinaan bangunan gudang tersebut merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir, gudang dan lain- lain.

Baca Artikel Berkaitan: Siling Runtuh Di BMC Mall Cheras, Tiada Kemalangan Jiwa Direkodkan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd