Now Reading
Siling Runtuh Di BMC Mall Cheras, Tiada Kemalangan Jiwa Direkodkan

Siling Runtuh Di BMC Mall Cheras, Tiada Kemalangan Jiwa Direkodkan

Runtuhan siling di bahagian tengah kawasan pusat membeli-belah BMC Mall itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12:00 tengah hari semalam (1 Ogos).

Siling Pusat Beli-belah Di Cheras Runtuh, Tiada Kecederaan Dilaporkan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu insiden tidak diingini dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli-belah iaitu BMC Mall di Bandar Mahkota, Cheras selepas sebahagian siling di dalam bangunan tersebut telah runtuh semalam (1 Ogos) sekitar jam 12:00 tengah hari.

Memetik laporan Kosmo, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mat Yahya Awang Ahmad memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12:37 tengah hari.

Susulan itu, pihak bomba telah menghantar enam anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn untuk dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kejadian melibatkan siling kapur yang jatuh di ruang tengah pusat beli-belah yang berada di tingkat bawah.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mat Yahya Awang Ahmad.
Sumber: Twitter RedzuanNewsMPB

Pihak BMC Mall Beri Kenyataan Susulan Kejadian Siling Runtuh

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram (@mybmcmall), pihak pusat membeli-belah itu melaporkan tiada kemalangan jiwa direkodkan ketika runtuhan siling di bahagian tengah BMC Mall berlaku.

Pihak BMC Mall juga mengesahkan bahawa struktur lain di dalam bangunan tersebut masih dalam keadaan selamat dan aspek keselamatan para pelanggan serta pekerja akan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Pasukan kami kini sedang giat menjalankan siasatan berhubung kejadian bagi mengetahui punca sebenar insiden ini boleh berlaku. Buat masa ini, sebahagian kawasan BMC Mall terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Pihak BMC Mall.

Pihak BMC Mall memaklumkan mereka akan sentiasa memberikan maklumat terkini tentang insiden ini menerusi platform media sosial.

Dalam pada itu, mereka turut membuat permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku dan menghargai sokongan para pelanggan buat masa ini.

Sumber: Kosmo | Twitter RedzuanNewsMPB | Instagram BMC Mall


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd