Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah mengisytiharkan cuti khas di seluruh negara pada 18 dan 19 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hari pengundian telah ditetapkan pada 19 November dan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum bagi memudahkan pergerakan pengundi.
The New Straits Times melaporkan Ismail Sabri membuat pengumuman tersebut pada majlis Cuepacs di Putrajaya hari ini.
BACA JUGA: Selangor Isytihar Cuti Pada 18 November, Sehari Sebelum Hari Mengundi
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.