Now Reading
Selangor Isytihar Cuti Pada 18 November, Sehari Sebelum Hari Mengundi

Selangor Isytihar Cuti Pada 18 November, Sehari Sebelum Hari Mengundi

Cuti yang diberikan untuk rakyat yang bekerja di Selangor ini adalah bersempena dengan hari mengundi pada 19 November nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari hari ini (8 November) telah mengisytiharkan 18 November sebagai cuti negeri, bersempena dengan hari mengundi untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Amirudin mengumumkan berita tersebut ketika sidang media dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor, tetapi mengundi di kampung halaman mereka iaitu negeri lain.

Beliau menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di seluruh negara bagi semua rakyat Malaysia bagi memudahkan mereka membuang undi pada 19 November 2022.

Cuti ini terpakai kepada sektor awam dan swasta di Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari

Tambah beliau lagi, satu warta akan diterbitkan pada Rabu depan (16 November) untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai keputusan kerajaan negeri ini.

Sementara itu, kerajaan Selangor akan menyediakan 30 bas Smart Selangor bagi membantu Rapid KL menyediakan pengangkutan alternatif kepada penumpang yang terjejas akibat penutupan 16 stesen LRT di laluan Kelana Jaya.

BACA LANJUT: 16 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Seminggu Mulai Hari Ini, 9 November


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd