Now Reading
[Terkini] Harga Maksimum Minyak Masak Akan Diperkenal – Annuar Musa

[Terkini] Harga Maksimum Minyak Masak Akan Diperkenal – Annuar Musa

Sebelum ini, kerajaan menghapuskan subsidi minyak masak dalam botol berkuat kuasa 30 Jun lalu.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Harga siling minyak masak akan diwartakan tidak lama lagi apabila peruntukan di bawah undang-undang semasa yang membenarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berbuat demikian telah mencukupi syaratnya.

Memetik laporan The Star, Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Khas Memerangi Inflasi memaklumkan harga siling minyak masak dalam botol adalah berdasarkan harga pasaran global minyak sawit semasa.

Proses warta dijangka siap dalam masa seminggu. Peniaga boleh menjual pada harga yang lebih murah tetapi tidak boleh melebihi harga siling maksimum yang diwartakan oleh kementerian. Mereka tidak lagi bebas untuk menetapkan harga mengikut kehendak.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Memerangi Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.
Sumber: Sinar Harian

Tambahnya lagi, langkah ini dapat membendung peniaga daripada mengaut keuntungan secara berlebihan.

Sementara itu, Annuar juga berkata kerajaan akan mengenakan larangan eksport minyak masak dalam polibeg berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata langkah ini dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan kerana beberapa pihak mendakwa mereka dibenarkan mengeksport minyak masak yang dibungkus dalam polibeg.

Jawatankuasa yang terbabit telah memaklumkan kepada agensi terlibat untuk menghentikan eksport minyak masak kerana ini menimbulkan kekeliruan,

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Memerangi Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.
Sumber: Harakah Daily

Annuar juga berkata pasukan petugas yang diketuainya akan mengadakan sesi perjumpaan dengan parti politik, pemimpin pelajar dan organisasi lain untuk mendapatkan pandangan mereka dalam mencegah kenaikan harga barang.

Sebelum ini, kerajaan menghapuskan subsidi minyak masak dalam botol berkuat kuasa 30 Jun lalu dan menyebabkan rakyat kesal dengan kenaikan harga barangan yang dijual di pasaran.

BACA JUGA: Govt Maintains Subsidy For Polybag Packet Cooking Oil

Sabtu lalu (23 Julai), lebih 100 orang menghadiri perhimpunan Turun yang diadakan di Kuala Lumpur untuk membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup serta menggesa gaji dan elaun anggota Kabinet dikurangkan.

BACA JUGA: Student Council Groups Roasted For Urging Students Not To Join In Protests After Recent ‘Turun Malaysia’ Rally


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd