Now Reading
“Astagfirullah! Ahli Parlimen Kerajaan Cadangkan Bak Kut Teh Jadi Makanan Kebangsaan?” – Annuar Musa

“Astagfirullah! Ahli Parlimen Kerajaan Cadangkan Bak Kut Teh Jadi Makanan Kebangsaan?” – Annuar Musa

Soalan yang diajukan oleh Jimmy Puah berkaitan usaha kerajaan untuk memastikan makanan tradisi seperti Nasi Lemak dan Bak Ku Teh diangkat sebagai makanan kebangsaan turut menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Malaysia sememangnya antara negara yang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan kerana mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

Oleh itu, negara ini kaya dengan pelbagai jenis makanan kebangsaan seperti nasi lemak, laksa, mi kari, cendol, teh tarik dan banyak lagi.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan rakyat negara luar juga mengakui makanan di Malaysia sememangnya sedap dan menepati citarasa mereka.

Bak Kut Teh bakal jadi makanan kebangsaan?

Pun begitu, baru-baru ini Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa menyuarakan kebimbangannya apabila mendengar ada cadangan untuk menjadikan hidangan Bak Kut Teh sebagai makanan kebangsaan.

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya, Annuar Musa menyatakan jika laporan yang didengarinya itu adalah benar, maka betullah dasar ‘Malaysian Malaysia’ akan dilaksanakan secara beransur-ansur.

“Astagfirullahilaziim, negara ku Malaysia. Ahli Parlimen Kerajaan Madani mencadangkan hidangan BAK KUT TEH (masakan daging babi) dijadikan makanan kebangsaan?

“Jika betul laporan ini, benar lah dasar MALAYSIAN MALAYSIA cuba dilaksana beransur-ansur,” katanya.

Annuar Musa memetik soalan yang diajukan MP Tebrau dalam Dewan Rakyat

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu memetik soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini (7 Jun).

Menurut Annuar Musa, Jimmy Puah bertanya apakah usaha Motac untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti  nasi lemak, bah kut teh (gulai daging babi), laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan Malaysia dan tidak di tuntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.

Di akhir perkongsian, Annuar Musa juga memohon kepada Allah SWT agar negara Malaysia sentiasa dilindungi dan dirahmati.

Soalan Jimmy Puah cetus kekecohan dalam Dewan Rakyat

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro pertanyaan yang dikemukan oleh Jimmy Puah turut menimbulkan kekecohan di dalam Dewan Rakyat hari ini (7 Jun).

Susulan soalan itu, pihak pembangkang mempersoalkan sejak bila hidangan tersebut menjadi satu daripada makanan tradisi di Malaysia.

Namun, Timbalan Menteri Pelancongan Khairul Firdaus Akbar Khan yang menjawab pertanyaan Jimmy Puah memaklumkan dia bersetuju untuk memasukkan sesuatu jenis hidangan dalam kategori makanan tradisi.

Ia bagaimanapun mestilah sesuatu yang boleh dimakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pengguna Twitter tak setuju dengan kenyataan Annuar

Tijauan kami di Twitter, mendapati kenyataan yang dikeluarkan Annuar Musa bagaimanapun kurang disenangi segelintir netizen.

Ada yang menyifatkan beliau hanya menjadikan isu tersebut sebagai topik untuk menyerang kerajaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd