13 Pelajar Sekolah Ditahan Lepas Tular Kes Belasah Rakan Sekelas
Kesemua 13 orang pelajar sekolah menengah di Langkawi terlibat dalam kes belasah rakan sekelas kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, seorang pelajar sekolah tingkatan empat di sebuah sekolah di Langkawi dipukul dengan ganas oleh rakan-rakannya seperti perlawanan Royal Rumble dalam kejadian yang dirakam dan tersebar di media sosial.
Dalam video berdurasi 25 saat, pelajar tersebut telah dikepung dan tiba-tiba dibelasah sehingga menyebabkan remaja lelaki berkenaan tersungkur ke lantai. Kejadian berkenaan yang dipercayai berpunca daripada salah faham berlaku kira-kira pada jam 9 pagi pada 27 April (Rabu).
BACA JUGA: [Watch] A 16YO Langkawi Student Brutally Attacked By Classmates In A Brawl
Suspek sudah ditahan pihak polis
Berikutan video yang tular itu, pihak polis telah menahan 13 orang pelajar sekolah menengah di Langkawi dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan tersebut.
Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan bahawa kesemua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan empat dan lima daripada mereka adalah rakan sekelas mangsa manakala lapan lagi dari kelas berlainan.

Rakaman percakapan pesalah sedang diambil dan kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
BACA JUGA: MARA Bakal Ambil Tindakan Segera Kepada Individu Dalam Video Buli Pelajar
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.