Now Reading
MARA Bakal Ambil Tindakan Segera Kepada Individu Dalam Video Buli Pelajar

MARA Bakal Ambil Tindakan Segera Kepada Individu Dalam Video Buli Pelajar

Pengerusi MARA Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun agak terkejut melihat video pelajar dibuli dan berpendapat budaya itu tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Isu pelajar dibuli bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Beberapa tahun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Zulfarhan Osman Zulkarnain.

BACA JUGA: 6 Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Tahun Atas Kes Zulfarhan

Kini, timbul lagi isu tentang pelajar dibuli selepas tularnya satu video yang dirakam di sebuah sekolah berasrama penuh.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @Ekax_, sekumpulan pelajar lelaki dilihat berkumpul di sekeliling mangsa buli sebelum bertindak menumbuknya.

Kejadian yang berlaku itu dipercayai melibatkan pelajar berusia 13 tahun dan 15 tahun.

BACA JUGA: “Bila Nak Habis Gejala Buli Ni?” – Netizen Berang Pelajar Buli & Jadikan Rakan Punching Bag

Pengerusi MARA gesa siasatan dilakukan

Selepas tular video berkenaan, pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan segera menyiasat kes tersebut.

Memetik laporan, Pengerusi MARA Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan supaya tindakan segera dapat diambil kepada individu yang terlibat.

Menurutnya lagi, beliau agak terkejut melihat video pelajar dibuli dan berpendapat budaya itu tidak sihat dalam kalangan pelajar sekolah.

Perbuatan membuli tidak sepatutnya dijadikan contoh kerana pelajar-pelajar ini masih di bawah umur dan masa depan mereka perlu dilindungi.

Pengerusi MARA Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis daerah Kuala Kangsar juga sedang menjalankan siasatan tentang video berkenaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd