Now Reading
[Video] Akibat Cuaca Terlalu Panas, Telur Tertinggal Dalam Kereta Jadi Separuh Masak

[Video] Akibat Cuaca Terlalu Panas, Telur Tertinggal Dalam Kereta Jadi Separuh Masak

Telur tersebut tidak sengaja ditinggalkan @tengkuputeriaqila_ di tempat duduk belakang kereta dari malam hingga ke tengah hari keesokan harinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cuaca di Malaysia kini semakin panas dan kering berikutan fenomena El Nino yang dijangka berterusan hingga ke pertengahan tahun.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati agar tidak terkena strok haba akibat cuaca panas, apatah lagi bagi mereka yang sedang berpuasa.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok oleh pengguna @tengkuputeriaqila_ yang menunjukkan keadaan sepapan telur yang telah menjadi separuh masak.


Telur Tertinggal Dalam Kereta Dari Malam Hingga Tengah Hari Esoknya

Menurutnya, telur-telur tersebut baru sahaja dibeli, tetapi telah tertinggal di bahagian tempat duduk belakang keretanya sejak malam tadi hingga ke tengah hari.

Apabila dia memecahkan telur terbabit, didapati bahawa ia tidak lagi mentah tetapi telah menjadi separuh masak.

Dia kemudiannya merebus telur kerana mendapati masih elok untuk dimakan. Sesetengah daripadanya pula dipecahkan dan disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Perkara ini terjadi kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan telur tersebut mula dimasak.

Beberapa individu turut berseloroh dia bernasib baik kerana kesemua telur itu tidak menetas menjadi anak ayam.

Netizen juga berkata cuaca panas di Kedah pasti akan menyebabkan telur itu dimasak sepenuhnya. Tak perlu beli tong gas untuk memasak!

Sumber: @tengkuputeriaqila_/ TikTok

“Selalu Nak Buat Telur Separuh Masak Terbabas Jadi Telur Rebus” – Netizen

Malah, sebenarnya bukan mudah nak buat telur separuh masak ini kan?

Selain daripada kena guna telur segar dan direbus dengan air yang tidak menggelegak, ia perlu direndam di dalam air ais setelah siap dimasak.

Jadi ‘masak’ telur dalam kereta ini macam ‘hack’ juga untuk dapat telur separuh masak tanpa terbabas menjadi telur rebus.

Cuma perlu letak kicap dan lada putih, terus boleh makan dah!

Sumber: @tengkuputeriaqila_/ TikTok

Tertinggal Barang Dalam Kereta Sampai Rosak Kerana Cuaca Panas

Di samping itu, seorang individu lain turut berkongsi situasi dia juga tertinggal telur di dalam kereta. Disebabkan telur tersebut telah ditinggalkan seharian sehingga menjadi masak, dia tidak berani memakannya lagi.

Seorang individu juga baru teringat yang dia telah tertinggal lima biji telur yang diambil dari rumah ibunya di dalam kereta setelah melihat video yang tular itu.

Ada juga yang tertinggal petai di dalam kereta dari waktu pagi hingga ke petang sehingga ia menjadi masak dan kulitnya berubah menjadi coklat tua.

Ingatkan makanan sahaja yang akan rosak jika tertinggal dalam kereta kan? Rupa-rupanya kasut pun boleh rosak!

Seorang pengguna TikTok, Nur Shakiroh Safaai, berkata dia meninggalkan kasut Crocs anaknya yang baru sahaja dibeli di bahagian belakang kereta.

Namun apabila ia mahu dipakai pada keesokan harinya, sebelah kasut tersebut telah mengecut. Panas betul ya!

Sumber: @tengkuputeriaqila_/ TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Elak Tinggalkan 5 Jenis Barangan Ini Dalam Kereta. #2 Paling Ramai Orang Buat

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kacang” – Lelaki Cerita Pengalaman Pahit Termakan Lipas Akibat Tinggal Air Kopi Di Dalam Kereta


Peringatan Agar Tak Tertinggal Anak Di Dalam Kereta

Dalam pada netizen berseloroh tentang keadaan itu, ada juga beberapa individu yang memberi peringatan agar tidak tertinggal anak-anak di dalam kereta dengan cuaca yang amat panas.

Seorang individu berkata kanak-kanak mungkin lebih penat ketika berpuasa dan akan tertidur di dalam kereta setelah balik dari sekolah.

“Cuba bayangkan budak yang tertinggal dalam kereta. Seksanya,” kata seorang individu.

Oleh itu, ibu bapa jangan lupa semak dahulu di bahagian tempat duduk belakang sebelum meninggalkan kereta apabila ke mana-mana ya?

Sumber: @tengkuputeriaqila_/ TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kanak-Kanak Tertinggal 15 Minit Dalam Kereta, Bapa Jelaskan Situasi Sebenar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun Meninggal Dunia Selepas Tertinggal Dalam Kereta

https://www.tiktok.com/@tengkuputeriaqila_/video/7347395965260745992

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd