[Video] Parodi KPDNHEP “Kurangkan Makan Telur” Raih 1.6 Juta Tontonan Di Facebook
Dd Chronicle atau nama sebenar Dediy Sulaiman telah melakonkan semula video KPDNHEP itu sehingga meniru latar belakang pasar raya serta gaya rambut dan pakai seragam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, temu bual Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melibatkan salah seorang pengarah yang memberitahu rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan telur bagi mengatasi masalah kenaikan harga telah tular di media sosial.
BACA JUGA: [Watch] If Eggs Are Expensive, Eat Fewer Eggs, KPDNHEP Gives Brilliant Solution
Berikutan itu, seorang YouTuber Dd Chronicle melakukan parodi terhadap video temubual tersebut dan telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial selepas dilihat mencemuh Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar.
Video parodi ini penuh dengan ‘punchline’
Dd Chronicle atau nama sebenar Dediy Sulaiman telah melakonkan semula video KPDNHEP itu sehingga meniru latar belakang pasar raya serta gaya rambut dan memakai pakaian seragam yang sama.
Berbeza dengan video asal kerana dia tidak menyuruh orang ramai untuk mengurangan pengambilan telur tetapi belajar erti bersyukur.
Malah, dia juga menjelaskan bahawa dengan cara mengurangkan pengambilan makanan adalah salah satu langkah rakyat dalam membantu kerajaan mengharungi keadaan sukar ini.
Penemubual di dalam video parodi berkenaan juga bertanya kepadanya sama ada dia menyedari atau tidak tentang kemarahan rakyat terhadap ketidakcekapan kerajaan.
Dalam tempoh dua hari sahaja, video yang dimuat naik di Facebook itu (Dd Chronicle) meraih 1.6 juta tontonan dan lebih 7,000 komen.
Orang ramai pun terhibur dengan video parodi ini
Rata-rata orang ramai yang menonton video parodi berdurasi lima minit 28 saat ini terhibur dengan kenyataan berunsur gurauan yang dikeluarkan oleh YouTuber tersebut.
Kepahitan di sebalik gelak tawa
Ramai para ibu juga telah berkongsi video berkenaan dan memberi komen seperti mengajak untuk mengurangkan pemakanan dan bagaimana seseorang ahli politik biasanya bercakap.
Ada juga yang memuji parodi itu yang dikatakan mempromosi pengetahuan sivik serta menyedarkan orang ramai tentang penyertaan politik sambil ‘berhibur’ pada masa yang sama.
Kalau dilihat dari sisi lain pula, video parodi ini turut menimbulkan pandangan negatif seperti kekecewaan terhadap kerajaan dan penjawat awam lain.
In 2017, one civil servant per population:
— 🇲🇾rakyat_malaysia🇲🇾 (@_RakyatMalaysia) June 2, 2022
UK – 118
Indonesia – 110
Singapore – 66.8
Malaysia – 19.4
Reports say Malaysia has the most bloated civil service in the world.
What can the government do about this? Efficiency? Productivity?@rafiziramli @anwaribrahim @SyedSaddiq
Namun, segelintir masyarakat beranggapan kerajaan patut dicela kerana sering mengeluarkan kenyataan yang kurang sensitif.
Masyarakat juga berharap agar video parodi ini dapat membuka mata para menteri serta pegawai tinggi yang lain dalam membuat keputusan yang lebih baik.
BACA JUGA: Isu Kurang Bekalan Makanan, MB Perak Saran Rakyat Tanam Sayur & Ternak Haiwan Untuk Kegunaan Sendiri
Nanti ade menteri bagi idea..nak jimat bele ayam sendiri..tanam sayur sendiri ..bertelur sendiri..jgn marah..itu otak dr pemimpin skrg ni… https://t.co/hvSt6ad03i
— Hamidtalib talib (@hamidtalib_t) July 1, 2022
Why are ppl upset at this proposal? Do you think it will make a difference? IMHO Productivity will be the same if they work 2-day week. Heard of “Gaji Buta” “buying loyalty”?. Civil service eats almost half of the national budget. It starts at the top …. pic.twitter.com/SvppmCKcta
— James Chin (@jameschin110) July 3, 2022
YouTuber Dd Chronicle
Terdahulu, Dd Chronicle telah memuat naik pelbagai video parodi menerusi akaun YouTube miliknya.
Lelaki ini mula dikenali ramai selepas dia melakukan video parodi ‘Siapa Muhyidin’ dengan menjawab pertanyaan seorang wanita yang menyertai sebuah perhimpunan tanda protes selepas berlakunya Langkah Sheraton pada tahun 2020 untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.