Now Reading
[Video] TNC UPM Jatuh Ketika Uji ‘Ramp’ OKU Tarik Perhatian Ramai

[Video] TNC UPM Jatuh Ketika Uji ‘Ramp’ OKU Tarik Perhatian Ramai

Untuk info, maksimum bagi kecerunan ramp buat laluan OKU adalah 1:12 dengan kelebaran minimum 1200mm.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan penjagaan yang rapi dan kemudahan khas bagi memudahkan mereka untuk bergerak.

Antara kemudahan yang biasa dilihat adalah petak khas parkir kenderaan, tandas serta laluan yang dikhaskan untuk golongan OKU termasuk ‘ramp’ buat mereka yang berkerusi roda.

Namun, tidak semua kemudahan yang disediakan dilihat mesra pengguna. Malah, ada yang lebih teruk hingga boleh menyebabkan kemalangan.

Pengurusan Tertinggi UPM Terjatuh Ketika Cuba Laluan OKU

Terbaharu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Arifin Abdu terjatuh ke belakang ketika sedang menguji laluan khas jenis tanjakan buat golongan tersebut.

Difahamkan, insiden berlaku gara-gara beliau prihatin dengan nasib golongan OKU di universiti itu.

Menerusi video yang dikongsikan di platform Twitter (X) menerusi akaun @AbdMydin, kelihatan Arifin pada mulanya duduk di atas kerusi roda bagi mencuba laluan khas tersebut.

“Assalamualaikum, pagi ini kita tunjuk di UPM, kita punya pengurusan tertinggi TNC HEPA kita akan menaiki kerusi roda, menaiki ramp di Astana,” kata wanita di dalam video tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah beliau terjatuh ketika baru sahaja memulakan pergerakan untuk lalu ke laluan itu.

Raih Perhatian Pengguna

Video yang dikongsikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UPM Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz itu nyata menarik perhatian ramai.

Rata-rata warganet melihat laluan tersebut tidak sesuai dan tidak mesra pengguna terutamanya buat golongan OKU.

Ramai yang mencadangkan agar laluan tersebut diubahsuai semula selaras dengan piawaian dan bersesuaian untuk kegunaan golongan istimewa itu.

Ia juga bagi memastikan keselamatan terjamin dan kemudahan itu dapat digunakan dengan selamat oleh pengguna.

Malah, ada juga segelintir mengecam tindakan pemaju yang dilihat seolah-olah melepaskan batuk ditangga dengan membina laluan yang dilihat berbahaya kepada pengguna.

Menerusi semakan kami di laman Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), maksimum bagi kecerunan ramp buat laluan OKU adalah 1:12 dengan kelebaran minimum 1200mm.

Selain itu, panjang ramp hendaklah di antara 600mm hingga 1800mm. Namun, kami tidak mengetahui berapakah kadar kecerunan ramp berkenaan.

Berikut antara komen warganet:

Memang Laluan Tu Tak Sesuai & Tak Mesra OKU

Tengok Dengan Mata Kasar Dah Boleh Agak Tak Sesuai Pembuatan Tanjakan Tu

Macam Melepaskan Batuk Di Tangga Je Mereka Buat, Tak Mesra Pengguna & Bahaya

Nasib Baik Ada Testimoni Sebelum Kena Dekat Mahasiswa OKU

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd